RSS
Welcome to my blog:) diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua dan juga diri saya sendiri *peace*

Friday, December 18, 2009

새해 복 많이 받으세요! (selamat menyambut tahun baru)

Selamat menyambut tahun baru semua!!!!!!!! Salam maal hijrah 1431H!!!!!!

wah tak sangka btol, kita semua dah pun masuk tahun baru iait 1431H. rasa mcm baru je masuk 1430H. tapi siapa sangka dah sethun pun berlalu. dan siapa sangka sekarang saya dah di tahun kedua sebagai seorang pelajar medik. banyak suka dan duka yang saya dapat kat sini. dan tak kurang juga banyak ilmu pengetahuan yang saya dapat kat sini, tak kira la pasal medik, pasal agama dan juga yang paling penting pasal kehidupan di atas muka bumi Tuhan ni. 

siapa sangka saya yang dulunya hampir2 tak dapat fly (disebabkan kemalasan sendiri) akhirnya sekarang dah di tahun kedua. daripada cuma kenal beberapa orang kawan, sekarang makin bertambah kawan2 saya. kalau dulu x kenal senior2 UNPAD, sekarang dah pun kenal diorang. kalau dulu saya hanya seorang junior, sekarang saya masih lagi seorang junior dan juga seorang senior, hehehee. kalau dulu x pernah buat program yang agak besar, sekarang dah pun pernah buat dan ini semuanya thanks to my beloved seniors in PDI KUBI. dan kalau dulu rasa baru je masuk PDI, sekarang dah pun nak habis kerja n gan PDI. mesti rindu sangat bile PDI 07/09 dah habis *sob sob*

tapi saya akan amik semua tu sebagai pengajaran untuk saya teruskan kehidupan saya sebagai seorang pelajar medik yang lebih bagus dan juga tak lupa digunakan untuk memperbaiki diri dan dalam usaha menjadi hamba Allah s.w.t yang sejati, menjadi seorang sahabat yang lebih baik dari sebelumnya, menjadi seorang anak yang sentiasa taat kepada ibu dan ayah saya, dan juga menjadi seorang muslimah dan mukmin yang sejati dan sentiasa diredhai ALLAH, insya-Allah AMINNNN (ni azam tahun baru saya*peace*)


tapi dalam untuk menjadi seorang hamba Allah yang sejati bukan satu prkara yang senang. banyak persoalan yang sering kita tanyakan untuk mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t. saya ambil sedikit dari buku Quick Grasp of Faith karya salah seorang penulis favourite saya Harun Yahya.

soalan pertama: How do we realize the existence of Allah?

We realize the existence of Allah from the perfect systems He created and the awesome qualities of living or non-living entities. This perfection is highlighted in the Quran:
~ He created the seven heavens one above the other. You will not find any flaw in the creation of the All-Merciful. Look againÐdo you see any gaps? Then look again and again. Your eyes will become dazzled and exhausted! (Surat al-Mulk: 3-4) ~

soalan kedua: How do we know Allah?

He is Allah-there is no god but Him. He is the Knower of the Unseen and the Visible. He is the Compassionate and Most Merciful. He is Allah-there is no god but Him. He is the King, the Most Pure, the Perfect Giver of Peace, the Trustworthy, the Safeguarder, the Almighty, the Compeller, the Supremely Great. May Allah be exalted above all they associate with Him. He
is Allah Ð the Creator, the Maker, the Giver of Form. To Him belong the Most Beautiful Names. Everything in the heavens and earth glorifies Him. He is the Almighty, the All-Wise. (Surat al-Hashr: 22-24)

soalan ketiga (soalan favourite saya): What is the purpose of our creation?

Allah tells us the purpose for our creation as follows:
~ I only created jinn and man to worship Me. (Surat adh-Dhariyat: 56) ~
As stated in this verse, the purpose of manÕs existence on Earth is his being just a servant of Allah, worshipping Him and gaining His approval. Man is tested on this subject as long as he is on this Earth.

soalan kelima (juga soalan favourite saya): How are we to be servants of Allah?

To be a servant of Allah means leading one's whole life for the purpose of gaining Allah's pleasure and approval. It means trying to carry out all actions in the best possible manner so as to gain Allah's approval, fearing Allah alone and orienting all one's ideas, words, and deeds to this purpose. Allah has brought it to our attention in the Quran that being a servant to Him covers the whole life of the individual:
~ Say: 'My salat (prayers) and my devotions, my living and my dying, are for Allah alone, the Lord of all the worlds.' (Surat al-AnÕam: 162) ~


4 soalan ni cume skit je. banyak lagi persoalan2 yang sering kita tnyakan dan saya ras buku nidapat menjawab persoalan2 kita smua. nak dapatkn buku ni senang je, just search kat Google untuk Harun Yahya dan download je dari website die, free of charge. memang die bagi gunakan buku2 karya die. banyak lagi buku2 yang menarik kat website die. rajin2kan diri untuk baca kalau takde pape nak baca kan. tapi jangan sekadar baca je, kena juga hayati isi kandungan dan cuba untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. saya pun tengah berusaha untuk melakukannya dan harap saya boleh, insya-Allah.

rasanya takde ap2 lagi nak tulis. skang kene smbung studi. banyak lagi tak baca, lagi2 NBSS ni. harap boleh buat yang terbaik untuk exam kali ni. doakan saya ye untuk exam kali ni semoga lebig bagus dr yg dulu2, AMINNNN. dan doakan saya juga supaya azam tahun baru saya kali ni dapat dilakukan dan semoga kita semua sentiasa dibawah keredhaan-Nya, AMIN

*Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan. Semata-mata*

Saturday, November 7, 2009

오랜만이야

tertanya2 ap tajuk yg saya letak tu? tu sbnrnye dlm bahasa korea. maksudnye 'dah lama btul'. mksd saya dh lama btol blog saya ni dibiarkan sepi mcm tu je. dh lme tak menulis post baru. bkn x nak menulis, tapi sejak akhir2 ni idea mmg kering sgt. mungkin sebab terlalu sibuk ngan study, yelah dari endocrine & metabolism system masuk plak neurobehaviour & special senses system. belajar neuro 2 minggu, patah balik untuk exam endocrine. kejam btol la FK ni buat mcm tu.

cakap pasal study, ari khamis yg lps ni, selesai sudah MDE exam untuk endocrine system. syukur alhamdulillah sbb dpt gak buat, sbb soklan majoriti past years Qs. tp paling ak boleh tahan, exam PHOP. keluar je hall exam semua mengeluh, PHOP susah. tula, bile lecturer bagi kuliah kitorg ni mmg jarang bagi tumpuan. yelah, tajuk public health la katakan. nmpak mcm senang. sekali bile exam, habis. tu termasuk la saya skali. jd lepas ni INGAT, bile lecture PHOP concentrate!!!

jd, ap sbnrnye tujuan menulis post ni? sya pun tak tau. tp yg pertama skali, mcm biasa saya ak kongsi sedikit petikan dari novel yg nak kata baru habiskan baca tu tak jugak, tapi sye x pernah kongsi lagi bende ni. sedikit petikan dari novel Bintang-bintang ke Syurga karya Xarine:

"Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' (bertasbih) ke hadrat Tuhan mereka. Sedikit pun hukum qadar yang ada di dalam roh mereka tidak dilanggar. Itu hukum semesta alam. Maka lihatlah ke dalam hati kita, ada hukum yang telah ditiupkan. Hukum yang sama dan serupa. Patuhilah bisikan hati itu. Nescaya kita akan peroleh bahagia."

best tak petikan ayat tu? pada saya best. novel ni antara novel yang paling saya suka. sebab jarang nak baca novel tentang cinta yang dilihat dari mata pandang seorang lelaki. penulis buku ni lelaki tau, walaupun nama pena die Xarine. macam yg saya pernah cakap pasal lagi satu novel tentang cinta, tapi dari sudut pandang seorang lelaki gak; Bohemian oleh Imaen. tapi gaya penulisan Xarine sangat berbeza ngan Imaen. kalau baca buku Imaen, dia akan ada unsur thriller sikit2. tapi buku Xarine ni memang sepenuhnya tentang cinta, tetapi di atas cara yang betul. sesapa yang rajin, cubala review sikit pasal buku ni. memang best!!!

tapi saya tak nak cakap pasal cinta ni lagi. dh dua post asyik bende yg sama. jadi kali ni lain sikit. kalau post saya yang sebelum ni pasal SAHABAT, tapi saya cuma letak gambar kawan2 yang sebaya saya je. jadi, kali ni saya nak tambah sikit gambar2, tapi bukan yang satu batch ngan saya, tapi senior2 saya (ad sikit je la tapinya)


gamba lain akan menyusul tak lama lagi :)


p/s: sbnrnye post ni dh lme dibiarkan jd draf, bru t'igt nak post ari ni.... kerje makin banyak.... skang sibuk ngan BPM plak... harap dapat bleh buat yg terbaik dan moga2 keredhaan Allah sentiasa ada ngan saya insya-Allah, AMINNNN *peace*


Thursday, September 10, 2009

sahabat

skang ni ngah nak habiskan novel yg beli masa balik ari tu. tajuk die Bintang-bintang ke Syurga oleh Xarine. penulis ni lelaki kalau tak silap. lagipun citer ni tentang:

"... berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi"

tapi, saya bukan nak citer pasal buku ni. kalau nak tahu lebih lanjut pasal buku ni, kene la baca. ap yang saya nak cakap kat sini adalah pasal satu quote yang ad kt dlm buku ni, pasal sahabat.

"rakan taulan umpama bintang-bintang,
meskipun tidak kelihatan ketika riangku di siang hari,
bintang-bintang itu tetaplah di sana,

apabila musibah gelap menimpa diri,
bintang-bintang itu bercahaya menampakkan diri,
tersenyum ke arahku mendoakan siang segera kembali."


rasanye boleh paham ap yg ad disebalik kata-kata ni. kita mungkin tak nampak kawan2 kite sekarang, tapi diorang sentiasa ad seperti bintang2 yang xde waktu siang tapi bila kita susah, mereka datang mcm bintang2 yang akan kelihatan pada waktu malam. kawan2 yang ada kat sekeliling kita, kita kene hargai diorang. kita ni x mungkin mampu nak hidup sorang2 kat dunia ni tanpa bantuan orang lain kan.

rasanya nak cakap tu je. xde idea sangat nak tulis ap. tapi sebab terbaca kata2 tu, tu yang tergerak nak menulis. senang kata, kawan2 yang kita ada, hargai diorang sepenuhnya. buat kawan2 saya semua, saya SAYANG korang semua!!!!!!!!!! korang semua sangat2 penting dalam hidup saya, tak kira kawan2 saya yang kat mana sekarang ni sama ada kt UNPAD ni ataupun kawan2 sekolah dulu yang sekarang dah berterabur kat seluruh dunia...

terma kasih kat korang semua sebab sentiasa tahan dengan saya yang tak berapa nak dewasa ni... heheheh :) PEACE

Friday, September 4, 2009

dah lama betul!!!!


bismillahirrahmanirrahim...

dah lama btol tak buat post bru kat blog ni. ad la gak rsenye dalam sebulan lebih sikit. sedar tak sedar cuti dah lame habis and i'm back into this hectic and crazy life. baru first day terus je masuk tutorial, masuk sistem baru; endocrine and metabolism system. dah la mmg tak study paper lagi, mmg blur habis la masa kelas tu. hmmmmmmm...

cakap pasal cuti yg baru je habis ni, mse balik tu berkesempatan la nak menghabiskan bebrapa novel yang dah lama tak dihabiskan. banyak2 novel yang sempat dibaca, paling suka novel Bohemian karya abang Imaen. mula2 masa baca buku tu, memang tak paham sangat. pernah baca karya dia yang sebelum ni, tp yg tu agak bleh paham la mse mule2 bace. tp yang ni mmg x berapa nak paham sangat. dulu, sebelum fly ada baca sikit. ingatkan nak teruskan dari situ je baca. tapi, tak bleh n terpakasa la start balik semula. agak lambat nak habiskan buku ni sebab penuh dengan ayat2 yang berunsur falsafah tentang cinta.

citer ni kiranye pasal kisah percintaan antara fadlan dan nadira. dua watak ni memang cukup berbeza. kalau biasa kita baca novel cinta, watak perempuan biasanya miskin dan yang lelaki plak kaya raya. tapi, lain dalam kisah antara fadlan dan nadira ni. dua orang yang cukup berbeza. saya petik sikit ayat daripada buku ni, 

"aku, pemain muzik jalanan, melayari malaysiakini.com, merambu-rambu cari duit, pakai seluar jeans koyak tampal lutut, berambut panjang. dia, seorang lawyer, baca Bussiness Time, gaji beribu-ribu, pakai skirt ketat paras lutut, berambut copper blode celup"

ayat yang saya tulis kat atas ni ada kat sinopsis buku ni. dan sebab ayat2 tu la saya tertarik untuk beli buku ni. dari situ kita boleh nampak betapa berbezanya dua orang watak utama cerita ni. dan yang paling saya nak tahu adalah mcm mana dua orang yang cukup berbeza ni boleh jatuh cinta. sound like typical love story kan? tapi pada saya, buku ni berbeza. bukan sekadar cinta, tetapi diselitkan juga macam mana sifat tamak dan terlalu mementingkan kekayaan tu akan membawa padah pada diri sendiri.

yang paling saya suka pasal buku ni adalah mcm mne fadlan, seorang busker yang sebenarnya berkelulusan seorang jurutera dari UM yang kalau kita tgk sekali pandang mmg takkan pandang lagi la sebab dgn rambut panjang die, dengan baju n jeans yg dh lusuh, pakai plak cermin mata mcm john lennon dan nadira yang rsenye mmg bukan perempuan melayu terakhir boleh jatuh cinta. tapi, proses tu lain sikit dan banyak2 ayat dalam buku ni, saya pali suka beberapa ayat ni.

"cinta itu bukan keindahan. cinta itu bukan pelangi. cinta itu bukan kesakitan. cinta bukan itu semua. cinta itu ialah mabuk dengan sedar. kata para sufi, cinta itu kemanisan yang membingungkan. mereka kaum sufi, berbicara tentang definisi cinta dan semua orang berhak punya tafsiran sendiri. kerana perkataan 'cinta' itu sendiri lautan dakwat pun tidak mampu menghuraikannya. sejuta kalam tidak mampu menulisnya. kita wujud kerana cinta. kita hidup kerana cinta. dan kita mati seharusnya kerana cinta. tentunya kepada Tuhan yang satu.

Orang berfalsafah tentang cinta. Kata mereka cinta itu sendiri mengakhiri perpisahan hingga si pencinta selalu bersama dengan kekasihnya. Kata Nabi SAW ketika ditanya tentang cinta oleh Abu Musa al-Asyari, menjawab bahawa cinta ialah seseorang bersama dengan yang dicintaainya."

best kan ayat2 ni. saya mmg suka sgt2. dan ni adalah doa fadlan bila dia mula rasa yang dia dah mula jatuh cinta pada nadira:

"Tuhan, ampuni aku cuba ‘menyekutui’ dalam rinduku kepada-Mu. Aku manusia yang kau anugerahkan rasa ini. Hatiku milik-Mu. Perjalananku keseluruhannya menurut ketentuan-Mu. Kekalkan rasa yang Kau campak dalam hati ini, kalau tidak mengganggu cintaku kepada-Mu, membawa kebaikan kepada dunia dan akhiratku. Dan temukan semula aku dengannya. Tapi cabutlah rasa ini dari sanubari ini, kalau nanti mengganggu rinduku kepada-Mu, membawa keburukan kepada dunia dan akhiratku. Dan jauhkan aku daripadanya. Aku mohon damaikanlah hati ini!"

kalau diperhatikan betul2, fadlan meletakkan rasa cinta yang die ada pada nadira sebagai satu kurniaan daripada Allah,dan dia sedar tanpa kurniaan yang diberikan, tak mungkin dapa mencintai nadira. tap, dalam mempunyai perasaan cinta pada nadira, fadlan masih sedar bahawa cinta pada yang Maha Agung itu lebih penting daripada apa yang dia rasa terhadap nadira.

post saya yg sebelum ni pun ada menyentuh pasal CINTA ni. jadi bila balik dan baca plak buku ni, rasa macam kebetulan betul yang saya baru je buat post pasal tu dan saya baca plak buku yang lebih kurang isinya dengan post saya yang sebelum ni. memang tak sangka masa tu. jadi, apa yang saya nak cakap sebenarnya ialah, kita patut mencontohi fadlan. walaupun waak ni cuma watak dalam novel, bukan orang hidup tapi rasanya tak salah kalau kita ambil contoh kan. senang kata tepuk dada, tanya selera!

p/s: sesungguhnya, cinta kepada-Nya yang lebih utama!

Thursday, July 16, 2009

C.I.N.T.A

beberapa hari lepas igtkan nk buat post pasal Illuminati, Freemason & Knights of Templar. ni sebab bahana tgh baca Angels & Demons. tapi sebab blom habis baca lagi, kita tangguhkan dulu la yek post pasal tu. sebabnye, kalau nak tulis pasal Freemason and Knights of Templar ni banyak buku yang kene bace sebab sejarah disebalik dua organisasi ni sangat la panjang. so, saya buat la post ni, yg rsenye takde tajuk kut buat mse skang. kalu rse ad tajuk yang sesuai bru la kot tukar tajuk post kali ni

saya baru je selesai membaca post baru di blog seorang teman sye ni. di hujung2 post, die ad menyentuh sikit la pasal org2 yg tengah berchenta ni. heheheeee..... cakap pasal org berchenta ni, rsenye sye dh jumpe dari zaman sekolah rendah kut, sampai la skang dh kat uni ni ha. org cakap, kalu bercinta zaman sekolah, tu namanye cinta monyet. mungkin btol la kut. sebabnye mne2 pasangan yg saya jumpe mse skulah dulu, yg kalau dulunye hangat berchenta, skang ni dh x wujud lagi dah pasangan2 tersebut walapun saya akui ada satu atau dua pasangan yg masih kekal sampai sekarang dan rsenye tengah merancang untuk mendirikan masjid. yang masih bertahan, saya memang kagum la kan sebab ramai kawan2 saya yang kalau bercouple mse sekolah dulu dh takde pape hubungan lagi melainkan kawan satu sekolah atau dh tukar pasangan.

saya kadang2 sering tertanya2, apa sebenarnye perasaan orang bila bercinta ni? apa yang best sgt bile ad pakwe/makwe? ap yg nak dibanggakan sgt bila ad kekasih? penting ke semua bende tu?

org kte, bile bercinta ni, tidur x lena, makan kenyang, mandi tak basah... betul ke? saya ni x pernah berchenta, jd mmg x tau la pasal bende2 ni. kadang2 saya pelik tgk kawan2 yang selalu bertukar2 pasangan. sekejap makwe die yg ni, bebrapa bulan lg nnt tgk die dh dgn orang lain plak. ad kawan saya ckp, "orang yang selalu bertukar pasangan ni tak tahu nak menghargai kasih sayang. sebab tu la die selalu tukar pasangan die, tak pernah puas ngan satu". bila saya pikir2 kn balik, macam ad betulnye ap yg kawan saya cakap ni.

tapi, tu bukan hak saya nak menghakimi orang tu. saya sedar, kita semua manusia biasa. kita semua diciptakan oleh Allah dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. kita bukanlah makhluk yang sempurna, yang banyak cacat celanya. tapi, itu bukan menjadi syarat atau alasan untuk kite berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. perasaan CINTA yang Allah ciptakan pada saya bukan hanya untuk manusia sahaja. banyak lagi bende yang bileh kita cintai. tapi, semestinya perasaan cinta yang paling agung itu mestilah untuk ALLAH s.w.t dan Rasulullah.


dalam kita mempunyai perasaan cinta kepada manusia, sedarkah kita dri mana datangye perasaan cinta itu? sedarkah kita bahawa perasaan cinta itu datang daripada Allah dan semestinya kita haruslah mencintai Allah sebagaimana sayangnye Allah pada seluruh umat manusia di muka bumi ini. ni saya ad amek sedikit petikan dari buku Love of Allah karya Harun Yahya, sama2 kita hayati artikel ini...

Love is one of the greatest blessings that Allah gives to people. Throughout their life, everyone wants to be with those who they love, rely on, and are close to. Many of Allah’s blessings and their true meanings can only be found in an environment where true love and friendship exist. For example, a person who is enjoying a magnificent view naturally wants to share his feelings of awe and happiness with someone whom he loves. In the same way, the most magnificent feast or the most beautifully furnished house may not seem very attractive if you are alone. Allah has created people in such a way that they enjoy being loved and loving others, and are pleased with friendships and closeness. To be with those who live by the Qur’an’s morals, and to have fulfilling friendships and love with them is, for each believer, more enjoyable than many other blessings. This is why Paradise, which Allah promises to those faithful servants whom He loves and with whom He is pleased, is an extraordinarily beautiful place where true love, friendship, and closeness are lived with great exuberance.

The true source of love in the believers’ hearts is their profound love of Allah. Believers love Allah greatly and, at every moment, strive to gain His love and good pleasure.

Every believer who loves and respects Allah and who strives to please Him, enriches the world with goodness. Whoever loves Allah also loves His creations, feels compassion and mercy for them, and wants to protect them by bringing more goodness and beauty into the world. Allah’s messengers, the most excellent and moral people in the world, always invited their people toward love and closeness to each other and to Allah.

However, some people forget that only Allah can make people happy, treat them with respect, offer them good sustenance and blessings, create pleasing views for them, grant them a new lease on life every morning, protect them from all dangers, cure them when they are ill, ease their pain and suffering through medicine, and that He owns everything that exists. Therefore, as all of the blessings and goodness that people experience come only from Allah, they should direct all of their love, respect, sense of obligation, loyalty, and thanks to Him. While thanking others for their help, we should never forget that our Lord has inspired them to show us mercy and help us. Allah informs us that:

To Allah belongs the kingdom of the heavens and Earth. He gives life and causes to die. You have no protector or helper besides Allah. (Surat at-Tawba, 116)

The Qur’an also relates Prophet Ibrahim’sn(as) supplication to Allah, which highlights His
mercy upon humanity:

“He Who created me and guides me, Who gives me food and drink. When I am ill, He heals me. He will cause my death and then give me life.” (Surat ash-Shu‘ara’, 78-82)


kalau dibaca betul2 cebisan2 artikel yg kt atas ni, kita akan sedar betapa perasaan cinta dan sayang yang kita ada ni sebenarnye datang dari Allah s.w.t dan semestinye kita juga harus mencintai dan menyayangi Allah dengan sepenuh hati. memang perasaan untuk mencintai manusia yang lain itu juga ada. mencintai dan menyayangi ibubapa, keluarga dan kawan2. tapi untuk menyayangi dan mencintai manusia berlainan jatina (maksud saya pakwe/makwe masing2) tu biarlah kerana sebab yang betul. bukan sekadar suka2, atau sekadar mengisi ruang kosong dalam hati masing2. apa salahnye ruang kosong tu diisi dengan perkara yang lain. dengan mencintai Allah, Rasulullah, ibubapa, keluarga dan teman2. rasanye tiada yang salah dalam tentang bende tu kan.

kita tak tau sampai bila kita akan hidup kat dunia yang fana ni. jadi apa salahnye kalau kita penuhkan masa yang kita masih ada ni, yang masih diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah untuk perkara yang lebh penting dan berguna. apa salahnye kita gunakan masa yg ad untuk melakukan perkara yg berfaedah, yang mendatangkan manfaat kepada kita dan orang2 di sekeliling kita. kalau perasaan cinta tu datang, kita mungkin tak dapat nak tolak sebab kita semua hanya manusia biasa, macam yang saya cakap, yang dikurniakan dengan perasaan tersebut. tapi biarlah cinta itu berlandaskan agama, bukan nafsu semata-mata.

sebab dah panjang sangat mengarut ni, studi pun x habis lagi walaupun tak sedar esok kul 7 pagi ad exam, saya stop kat sini je la dulu. kalau ad yang membaca dan terasa, saya mintak maaf la ye. saya kat sini hanya nak berkongsi pendapat dan hanya meluahkan perasaan yang rsenye x bleh nak cakap kt orang. kita hanya manusia biasa, dan melakukan kesilapan tu memang takkan lari dari kehidupan kita. tapi tak salah rasanye kalau kita cuba untuk berubah....

p/s: esok saya exam, doakan saya ye. dan gud luck gak pada semua kawan2 yang lain

p/s2: cinta pada manusia hanya sementara, tetapi cinta pada Sang Penciptalah yang akan membawa kita ke syurga, insya-Allah...

Thursday, July 2, 2009

tag lagi!!!!

saya telah ditag lagi nampaknye. kali ni dari Hawa. kite tengok skit ap yang ad dlm tag kali ni.

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge “2009 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.

OK, dh copy n paste..

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

saya telah ditag oleh... Hawa atau nama sebenarnye adalah Siti Nur Illiyyinna (x sure la plak ejaan ni btol atau x)...jangan marah ye Hawa kalau ejaan nama tu salah...

*saya mula2 kenal hawa ni mse kat KTT mase buat A-Level kt situ... rumah kitorg x jauh sgt, satu tangga n satu level...
*dulu masa mula2 kenal, tak la rapat mne maybe cuz ktorg x sekelas... towards the end of A level la rsenye kut bru baik skit... dh lme2 kenal baru la tau yg dia dulu pun sekolah kt MRSM, tapi dia MRSM Kuala Kubu Baru, sya pulak MRSM Jasin...
*then, bila sampai UNPAD plak ktorg x satu Bale, saya Bale3 dia plak Bale2. bila group tutorial pun kitorg lain2 group...
*tapi, mungkin takdir ALLAH saya n hawa dapat satu group untuk tutorial sem2 ni... kat sini la kitorg jd baik dan rasanye saya mcm perasan semua budak2 perempuan KPBI angkatan 2008 start rapat lepas sem 2 (kalau x betol sorila yek)
*lepas Bulan Kesenian Islam, yang dia masuk pertandingan mencipta n mendeklamasi sajak barula saya tahu yang bahawa Hawa ni adalah seorang yg sgt2 berbakat dlm mencipta sajak. cubala lawat blog hawa ni, penuh dengan sajak2 yang dia cipta sendri dn saya rasa semua sajak2 yg die letak kt situ semuanya best2!
*Hawa ni pd saya seorang kawan n sahabat yang baik, seorang kawan yang pastinye dapat membawa kita sentiasa berada di jalan yang benar... insya-Allah
*dh x tau nk ckp ap lg... org kte bila bersahabat dengan seseorang, kita bersahabat dengan mereka kerana siapa mereka yang sebenarnye... bukan sebab2 tertentu sahaja...jd saya ni memang masalah skit la nk cerita pasal seseorang sebab saya x la tengok sgt org tu (btol ke ni? ntah la...)
*saya harap persahabatan yg kita ad ni takkan putus dan sentiasa terjaga nilainye... insya-Allah...
*saya sayang semua sahabat2 saya!!!!!!!!!


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

wahhhhhhhh, paling x suke bile kene describe pasal diri sendiri!!!!
  1. saya sangat suke baca novel... kalau dulu suka baca novel jiwang, skang dh kurang sikit... paling suka bace novel by HLOVATE, Ramlee Awang Murshid n Faisal Tehrani... sekarang ngah cuba untuk melengkapkan koleksi buku2 Ramlee Awang Murshid
  2. suka gile tgk movie, tak kire movie ap sekalipun, inggeris, jepun, korea, hindustan, tamil pun bantai gak kadang2 tapi filem melayu kurang sikit la, tp tengok gak sesetengahnye...
  3. seorang yg rsenye agak penyimpan, dari segi ap yg saya rasa la... suke pendam masalah sndr, jarang gak citer ngan org lain (dibuktikan apabila salah seorang instructor sye mse kt kem BTN kata saya ni jenis yg pendam masalah)
  4. seorg yg sgt suke makan, ap saja makanan... heheheh... tgk badan la kan =)
  5. sngt pemalas dn suka sgt buat keje last minit... sebab tu la setiap kali exam x penah nk dpt markah yg elok
  6. paling despise warna PINK n bende yg berwarna pink kecuali baju kurung yg saya ad sebab ibu yang belikan, jd x bole buat ap...
  7. paling suka warna hitam n benda2 yg berwarna hitam... tp saya bukan Black Metal or bende yg sewaktu dgnnye OK...
  8. suka tengok rancangan sukan, ni sebab terikut dgn ayah saya yg minat gile sukan
  9. suka tgk anime jepun n baca manga jepun... yg ni pulak belaja ngan adik lelaki saya
  10. lastly, saya memang minat dlm bidang fotografi n tengah try nk save duit sebab nk beli kamera DSLR yang sgt2 diidamkan... tp saya cuma suka amik gamba spontan@candid or gamba pemandangan, gamba posing kadang2 je...
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  • raihanah
  • aishah raihan
  • nur shuhada
  • nabila (bella)
  • syed mohd fadzil (tuah)
  • haikal ambri (tetap nk tag jugak walaupun hawa dh tag die)
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
“anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda”

Ok, dh siap!!!!!!! nk gi blog mereka2 yg berkenaan utk meninggalkan pesan...

SALAM...

Wednesday, July 1, 2009

amal islam....

first time kene tag

thnks kepad mereka yg rajin tag sye:
Aiza n Hawa

Peraturannya:

1. copy gambar amal islam dibawah. copy satu post ni pun tak pe. mudah dan menjimatkan mase. harapnye gitu...


2. kemudian pilih 10 org sahabat dan anda wajibkan mereka berbuat perkara yang sama. ingat! 10 orang tau! lagi ramai lagi bagus. terlebih? jangan melampau sudah. hehe

tapi masalah saya adlh semua yg sye kenal dh pun kene tag. jadi saya tak peduli, saya nak gak tag gak orang2 bertuah di bawah walaupun mereka dh kene tag (termasukla dua org yang telah mengetag saya =)). sori la ye pd mereka yg dh byk kali kene tag. heheheeeee
  1. aiza amierah
  2. hawa
  3. raihanah
  4. hasmah
  5. jijol
  6. haikal
  7. aishah raihan
  8. nabilah (bella)
  9. kak shu
  10. duha
sorila sekali lagi kepada mereka yg dh kene tag tp tetap gak sye tag kemu semua. jgn marahhh...

senyum2 la selalu OK!!! PEACE!!!!

Monday, June 29, 2009

betapa indahnya ciptaan-Nya

beberapa hari yg lepas kami ber7 sempat berkunjung ke beberapa tempat sempena cuti seminggu sementara tunggu judicium. kawan2 yang lain semua balik je terus buat post pasal ni tapi saya terlambat seminggu sebab baru je berpeluang nak upload gambar2 yang ad ke laptop. bertemankan pak supir, kami telah pergi ke beberapa tempat menaiki avanza.

tempa first yg ktorg pegi adlh ladang strawberi (walaupun hakikatnya bukanla ladang, tapi lebih kepada kebun je). walaupun diri ni memang tak suka strawberi, tapi diturutkan juga kawan2 kerana diorg semua memang nmpknya sangat suke strawberi (tp korang semua, jgn salah faham ye. saya pegi ngan kerelaan sndr, bukan dipaksa). jd krenye sye ni just ikut n tlg petikkan untuk diorg ni n makanlah jugak beberapa biji.

antara beberapa gamba yg sempat saya ambil...

perjalan pulang dari ladang strawberi

lepas tu kitorg teruskan perjalanan lagi, ke kawah putih. sampai2 je bleh terasa bau belerang yg sangat kuat dan bleh juga terasa kesejukan yang mencengkam. first benda yg kitorg cari, adalah kedai makan, sebab perut masing2 dah lapar. akhirnya kitorg makan nasi dgn ayam bakar dan ad uga kawan yang beli jagung bakar (yang agak terlebih bakar).

jagung yang terlebih bakar =P

ayam bakar... sedapppp!

bile dh habis makan, bru la nak pegi kawah putih. tapi hujan la plak. makin sejuk la tempat tu. maka, kami dgn mengada2nye pegi la beli muffler n sarung tgn. saya plak memang tak bleh tahan sejuk yg mcm tu. lps semua dh ready dgn payung masing2 yg kami sewa, kami pun pegi la meredah hujan. walaupun ramai pengunjung lain sibuk patah balik sebab nak cari tempat berteduh, kami redah jugak hujan. walaupun mula2 rasa malas sgt, tapi bila nampak je view die yg sangat cantik, breathtaking tu memang terus hilang rasa malas saya tu. masya-Allah, lawa giler tempat tu. memang seriously breathtaking!!!

apa macam, lawaaaa sgt kan... breathtaking...

gamba ni, sbnrnye pakai amik je.. tapi org yg kt dlm gamba tu kte gamba ni lawa... ntahla.. die kte sebab dlm gamba ni die nmpk... (tu kene tanye tuan punya badan)

dh puas bergambar n disebabkn prg yg turun pun makin ramai, kitorg pun bertolak ke tempat lain. kali ni kami ke situ patengan (tak tau la btol ke tak ejaan ni). tempat ni sbnrnye mcm tasik. sebelum sampai ke tasik tu kami disajikan dengan pemandangan ladang teh yang sangat luasnya. tapi x sempat amik gamba sebab nk cpt sampai tempat yg dituju. tempat ni yang istimewanya pd saya sebab bleh naik bot pegi pulau batu cinta. view kt situ pun lawa.sedikit penerangan mengenai batu cinta... the story behind it...

bot yang kami naiki untuk ke pulau batu cinta... (dalam hati, tuhan je yg tau mcm perasaan kami semua waktu mula2 naik bot tu)

pakcik yang bwk bot yg kami naiki (sbnrnye die dayung bot tu)... terima kasih bebanyak pakcik sbb dh bawak kami ke pulau tu

kanak2 riang ria yang sgt suka bergambar x kira dimana mereka berada =)

It is He Who made the earth a couch for you, and
the sky a dome. He sends down water from the
sky and by it brings forth fruits for your provision.
Do not, then, knowingly make others equal to
Allah. (2:22)

bersyukurla dengan alam semulajadi yang Allah dh ciptakan ni. tanpa Dia takkan kita dapat pemandangan yang begitu cantik sekali. dengan kurniaan-Nya kita dapat melihat sesuatu yang begitu indah dan tanpa cacat cela ciptaannya. masya-Allah...

p/s: esok judicium, takut gile ni. malu sgt kalu x bleh naik tahun. dah la result yg sebelum ni mmg x berapa n elok. mintak2 la result sye elok. AMINNNNN....

p/s 2: marilah kita semua berdoa supaya dpt result yg ok2 belaka... gud luck kepada kita semua... semua kita sentiasa dibawah nikmat kurniaan dan perlindngan-Nya... May ALLAH bless all of us...

Wednesday, June 24, 2009

jasamu AYAH, takkan mampu ku balas...

SELAMAT HARI BAPA!!!!!!!!!


wahhhhhhhhh, dh terlambat nmpknye buat post sempena hari bapa ni. xde idea sblm ni nk tulis pasal ap sbnrnye, tu yg lmbt sikit bua post ni. anyway, SELAMAT HARI BAPA buat ayah saya yg ad kat Malaysia skang ni. sori la ayah, lmbt buat (mcm die bce blog den ni ha).

seba sedikit tentang ayah saya. skang umur die dh 53 tahun, lahir pada tanggal 15 september 1956. rsenye memang seumur hidup dia kut dia memang duduk kat johor, except mse die study high school. sekarang keje sebagai seorang guru kat sekolah menengah kat kampung saya. ajar math (walaupun saya benci math). orgnye tinggi sama ngan saya, kulit dia gelap sikit. sihat sejahtera walaupun kadang-kadang ada la juga batuk2 dan kalau semput dia datang susah gak ibu dibuatnye. tu je kut pasal ayah saya.

so, skang dh nak dekat setahun kut tak jumpa ngan ayah dan satu keluarga saya. maklumla dah lama tak balik malaysia. tak sabar sangat nak balik cuti nanti sebab dh rindu gile kat family. ingat lagi sampai sekarang masa nak fly hari tu. org dah panggil dah suruh turun bawah cuz dh sampai masa dh. jadi salam la semua org; ibu, ayah adik2 n makcik2 saya yang ikut hantar saya. then of course la dengan mak cium pipi die. ok time to go. tetibe, makcik tanya, "ayah ko, x nak cium sekali ke?" huh??????? ayah????? bukan lupe, cume tak pernah kecualila masa kecik2 dulu. tapi makcik tetap paksa gak. saya tetap ngan gelengan, tak nak. bukan tak suka, cuma memang tak pernah kut sejak saya umur 11 tahun. waktu tak tau kenapa rse sedih sgt. terus je nangis!!! huaaaaaaaaaa... 'ayah, bukan org tak sayang ayah, tapi memnag org tak biasa'. pastu turun gak tanpa cium pipi ayah. then dh dekat bawah, last time lambai family. lambai la semua, ibu, adik2 n makcik2. saya cari ayah, die takde!!!! sedeynye.... saya risau sgt waktu tu, takut die kecik hati ngan saya pasal bende sblm tu. tapi langkah kaki tetap dihayun sebab masa nk fly dh tiba dorg cakap (walaupun hakikatnye kene la gak tunggu dkt 15 minit sblm masuk plane). sblm masuk, sempat lagi call ibu. tnye ibu, ayah ok tak, die cakap ok je. ok la tu, buat senangkan hati sblm fly ni.

then bile ceritakan balik kat kawan2 saya pasal apa yang berlaku waktu tu, kawan2 semua cakap bukannye ayah saya kecik hati, tapi die sedey kut cuz saya nk pegi dah. dah la saya ni anak first, perempuan plak tu. diorg kte sbb tu ayah saya x tgk mse sye dh nk fly. ingat lagi bile first time call rumah lps sampai kat sini. bile dgr suara ibu, tak rse sedey dagt pun. maklumla dh lme sgt n biasa duk asrama, jau dr family. tp bile ibu pass phone tu kat ayah, n bila dgr suara ayah, sedey sgt rse waktu tu. ntahla kenapa. maybe effect ap yang terjadi kat airport waktu before fly kut.

ibu selalu cakap, waktu saya kecik2 saya cukup manja ngan ayah. maklumla anak first. mana2 nak ayah, nak tidur pun kene ngan ayah gak. hahahahaaa!!!! lawak je bile igtkan waktu kecik2 dulu. dulu kalu nak tido, mesti suruh ayah patah2kan sendi jari ni. kalu tak, tak boleh nak tido. kalau tengok gamba2 waktu kecik dulu pun banyak gamba ngan ayah compare gamba ngan ibu.

tp sekarang, bukan tak rapat sangat, tapi dh kurang la berbanding dulu. mungkin saya ni anak perempuan, jadi kadang2 tu segan la jugak dengan ayah. tp, saya tetap SAYANGGGG ayah saya. kitorg berdua banyak suka bende yang sama. banyak benda yang saya suka sekarang semuanya pengaruh ayah. kalu dulu tak tgk pun bola sepak, tp sebab selalu terikut ayah tgk, saya pun jadi minat bola sepak. sebab ayah gak saya minat ngan semua sukan yang dia tgk; tenis, ping pong, F1 and macam2 lagi la. ayah minat roger federer dan benci rafael nadal, saya pun sama gak. filem2 aksi yang saya tgk pun sebab ayah kata best, saya pun tumpang tengok gak. drama siri 24 pun saya minat sebab ayah tengok gak kat rumah. macam mne ayah tak berapa suka bola sepak malaysia, saya pun tak berapa suka gak. ayah tak suka sgt tengok drama melayu, saya pun terikut gak tak berapa minat tengok drama melayu walaupun ibu minat sangat tengok drama melayu. heheheeee.... pelikkan, walaupun kitorg tak berapa rapat, tp banyak bende yang saya suka sebab ayah saya yang ajar.

paling pelik bila saya call rumah. kalau ayah yang jawab, cepa je dia bagi phone tu kat ibu. so, kadang2 tu bile takde topik nak tnye ayah, saya bantai je tanya pasal bola walaupun hakikatnye saya ap yang jd pasal game tu. saya ngan ayah dua2 minat MAN U and Real Madrid. saya suka pun sebab pengaruh ayah la. so, bile tak tau nak cakap ap ngan ayah, saya bantai je tnye mcm mne game Man U minggu lepas. kadang2 cakap gak ngan ibu, yang ayah kalau cakap ngan saya mesti sekejap je. ibu cakap, bukan saya je. ngan adik2 lain yang duk asrama semua mcm tu. die cakap sekejap je ngan kitorg, pastu die bagi phone tu kat ibu saya. kadang2 jeles gak tengok kawan2 yang lain bile cakap ngan ayah diorg mesti lama, tapi kalau saya nak cakap lama ngan ayah, kene la keluar topik pasal bola. kadang2 rasa kelakar pun ada gak. ble cakap ngan ayah je, pasal bola. kalau tak cakap pasal bola, jangan harapla nak dapat borak lama ngan ayah. tapi tak kisahla kan.

apa pun yang jadi, saya tetap sayang ayah saya. saya selalu mintak ngan Allah supaya panjanglan umur dia, berikan kesihatan pada dia supaya dia dapat tengok kejayaan saya satu hari nanti supaya die dapat berbangga ngan saya. "sesungguhnya, segala jasa dan pengorbanan yang ayah dah lakukan selama ni, mungkin tak dapat org nak balas. tapi, harapnya dengan kejayaan yang akan org kecapi, ayah dapat berbangga ngan org."

I love you ayah!!! You're the best father in the whole universe!!!!!!


Saturday, June 13, 2009

mati itu pasti...

beberapa hari yang lepas, ada teman yang memberitahu bahawa sahabat kepada abang amad telah meninggal dunia di Mesir, disebabkan oleh kemalangan jala raya. betapa terkejutnya saya waktu tu. sebelum ni memang ad mendengar berita tentang kematian pelajar Malaysia di luar negara, namun berita kali ini lebih memeranjatkan. mungkin kerana saya sendiri salah seorang pelajar perubatan, sama seperti arwah.

sebaik sahaja sampai di bilik, saya terus membuka blog abg amad. terdapat post yang terbaru dari beliau bertajuk "Jumpa Di Syurga Sahabatku Ammar". terus saya membaca isi kandungannya. dicatat di situ bagaimana abg amad mendapat berita pemergian salah seorang sahabatnya, yang selama ini tidak pernah bersua muka, tetapi kerana ukhwah yang terjalin dan kerana minat mereka berdua yang sama dalam bidang fotografi, mereka berdua telah menjalinkan persahabatan. disertakan juga senarai 4 orang pelajar yang turut terlibat dalam nahas tersebut. tergamam saya sebentar kerana saya cukup mengenali salah satu nama yang ditulis. nama yang saya dengar dari saya tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5. namun saya bersyukur kerana dikatakan di situ bahawa dia sudah dalam keadaan stabil.

namun, yang paling menyayat hati adalah bagaimana diceritakan bahawa saudara Ammar Zulkifli telah meniggalkan dunia ini untuk pergi menghadap Ilahi. saya membuka blog-blog sahabat saudara Ammar yang lain. semuanya menyatakan betapa sedihnya mereka tatkala mendapat berita kematian arwah. betapa mereka pasti akan merindui arwah, seorang sahabat yang ckup baik, yang kata-kata dan budi bahasanya sangat mulia, seorang pemimpin yang cukup berwibawa. mengalir air mata saya tatkala membaca post2 yang ditulis oleh sahabat arwah. betapa insan ini akan diingati namanya dan betapa seluruh dunia mendoakan pemergiannya. di blog beliau, Kalam Puncak serba sedikit saya dapat mengenali diri arwah. walaupun namanya tidak pernah kedengaran sebelum ini, tapi pemergiannya tetap saya tangisi. kehilanganya bermakna hilangnya seorang abang, seorang sahabat yang baik, seorang pemimpin yang berwibawa dan juga hilangnya seorang mujahid.

terdetik di hati saya, apakah pemergian saya nanti akan ditangisi oleh teman-teman saya? adakah mereka akan mengingati saya? adakah pemergian saya akan didoakan oleh teman-teman sepertimana pemergian saudara Ammar didoakan oleh seluruh dunia?

yang itu saya tak akan pernah tahu. tapi yang pasti mempersiapkan diri dengan amalan yang cukup, memperkuatkan diri dengan IMAN yang teguh dan sentiasa berdoa dan memohon kepada-Nya adalah sesuatu yang saya tahu dan mampu saya lakukan. saya akan cuba untuk memperbaiki diri ini, cuba untuk mempertingkatkan amalan dan cuba untuk menjadi seorang hamba-Nya yang kehidupannya sentiasa diredhai dan diberkati. mungkin dengan doa dan juga bantuan dari rakan-rakan, kita semua mampu untuk menjadi seperti saudara Ammar, Insya-Allah...

sesungguhnya, sentiasalah beringat bahawa kematian itu pasti. seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran:
Every self will taste death. We test you with both
good and evil as a trial. And you will be returned to
Us. (21:35)

tetapi selagi ada nafas yang berhembus, selagi ada nyawa dan kehidupan yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada kita semua, pergunakanlah ia dengan sebaik yang mungkin. gunakanlah ia untuk menjadikan diri kita semua hamba yang sentiasa sujud kepada-Nya, yang sentiasa melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, yang sentiasa percaya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Dialah sebaik-baik tempat untuk kita berserah supaya apabila sudah tiba masanya untuk kita pergi meninggalkan duni fana ini, tiada sebarang kekesalan di hati ini. semoga kita semua mampu melakukannya. AMIN...

p/s: sedekahkanlah al-Fatihah buat saudara Ammar, biarpun kita tidak pernah mengenali beliau. semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah dapat bersabar dengan ujian Allah ini.

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat."
Ammar bin Zulkifli



Tuesday, June 9, 2009

EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!

jumaat ni genaplah 2 minggu kami semua exam. dan maksudnya, genaplah jugak 3 minggu hidup kitorg semua tunggang terbalik, terutamanya sayalah kan. exam start dgn SOCCA. part tu yg paling x boleh tahan. kalu sebelum ni, SOCCA antara exam yg last skali, tp kali ni yg first skali. masa dpt tahu yang kata SOCCA hari first, rasa nak pengsan pun ada.

sebabnya, SOCCA lah exam yang paling menakutkan utk kitorg semua. pastu dgn dgr drpd senio2 yg kata SOCCA system ni susah gila. tmbh pulak bila dgr ramai senior2 2nd year yg fail utk REPRO nye SOCCA. masa tu mmg cuak nak mati. dgn pikir byk lagi x study byk lagi nak pahamkn and hafal. makin hampir hari nak SOCCA, hati ni ALLAH saja yang tahu mcm mne berdebarnye. walaupun ktorg semua SOCCA hari last, tp saya dpt session yg first skali, kul 7.30. mungkin saya tunjuk muka xde perasaan, tp hati ni mmg berdebar2.

hari yang ditunggu-tunggu...
sampai2 je kat A4, baru duduk 10 minit nama dh kene panggil. masa tu mmg rasa nak meraung je kat situ. byk lg rasa x prepare. n bile smpai kat meja yg ad kerta soalan, terbalikkan kertas tu and...... kes ap yg sya dpt? PUERPERIUM!!!!! masa tu mmg btol2 dh menangis. tp dlm hati je la. sebabnya kes tu la paling yg x igt dn paling tak berapa nak suka coz ad pasal breast anat n so on. habis je SOCCA n dpt tahu markah, mmg dah meraung sekuat yg boleh, tp dlm ati je. bile kawan tnye mcm mne, just geleng kepala je. tp bile nmpk org lain nangis, air mata ni pun mula la mengalir... huahhhhhhhhh!!!!!!!

walaupun kawan2 semua kte takpe2, takde rezeki, saya tetap nangis. sbbnya bende tu bukan takda rezeki atau lecturer yg kedekut, tp mmg salah diri sendiri yang langsung tak prepare pasal kes tu. mmg salah diri sendiri, bukan salah sesiapa pun. tp x boleh nak sedeh lama sgt cuz esok dh kene remed plak SOCCA ni. tp mlm tu jgn ckp la. nasib x banjir je bilik ni dgr air mata cuz nangis x henti2. tp x de org tau or nmpk coz rumate pun x de kt bilik. dlm hafal2 kes, air mata tetap mengalir. x tau nak adu kat sapa, last mengadu hanya pada-Nya. mintak dikuatkan supaya esok boleh buat dgn baik n supaya lulus yg utk remedial ni. sbb saya tahu mesti ad hikmah disebalik kejadian yang berlaku dan pasti ad sebab ALLAH menguji mahluk-Nya
He created death and life to test which of you
acquitted himself best. He is the Almighty, the Ever-
Forgiving. (Surat al-Mulk: 2)

pagi sblm pergi FK, byk mesej yg masuk dr teman2. berik kata2 semangat n wish gud luck. thnks korang semua!!!!!!!!! akhirnya lps hampir dekat 5 jam menunggu kat A4.2, lepas gak remedial. Alhamdulillah syukur atas pertolongan-Nya, lepas gak saya nye remed SOCCA. mugkin tanpa bantuan drpd kawan2 n ALLAH s.w.t saya mungkin tak dapat buat ngan baik remed tu. tak lupa gak kat doa dr rumah kt M'sia. syukur alhamdulillah...

tp, perjuangan belum selesai...
MDE repro plak esoknya. lps tu smbg lg ngan COMPRE MDE REPRO, BHP n COMPRE, CRP n COMPRE, PHOP n COMPRE dan tidak dilupakan OSCE yg paling last sekali. walaupun masih ad beberapa lg paper yg tinggal, yg biasanya ktorg semua pandan sebelah mata je, tp usaha kene tetap ad. sbbnya tanpa sebarang usaha takkan kejayaan tu kita dapat gapai. Allah juga ad berfirman:
You who believe! Have fear of Allah and seek the
means of drawing near to Him, and strive in His
Way, so that hopefully you will be successful.
(5:35)

dan juga:
It is the believers who are successful. (23:1)

sebab tu kita harus berusaha n meletakkan segalanya yang telah kita usahakan dan percayalah bahawa ALLAH mengetahui setiap ap yang kita kerjakan kerana Dia Maha Mengetahui...

dh byk sgt mengarut ni, study pun x habis lg. x sedar diri lagi tu esok still ad exam. rsenye byk lagi tak baca ni, hehehee... wslm =)

p/s: buat yg terbaik rakan2 semua, masih ad lg beberapa paper yg x habis. GUD LUCK SEMUA!!!! dh usaha dan doa bayk2 bertawakallah kepada-Nya, kerana sesungguhya tiada tempat lain selain drpd ALLAH untuk kita semua berserah.... moga2 doa kita semua dimakbulkan-Nya, AMIN...

Monday, May 25, 2009

air mata, berhentilah mengalir....


benda ni jadi rasenye hampir 4 hari yg lepas, waktu malam. masa tu saya ad kat dalam bilik, ngah buat case review. sambil2 tu layan internet jap, sempat lagi tu walaupun tgh buat kerja lain hihihihihi. sibuk melayan internet, baca la satu citer kat blog org ni. bace punya baca, tetibe rasa marah sangat2, dan dengan spontannya air mata keluar....

saya cuba nak berhenti drpd menangis sbb nnt malu la kalau orang nampak tetiba je menangis, takde sebab. nak kate ap yag saya baca tu sedih ke, tak pulak rasanye bile saya ulang baca balik lepas tu. air mata mengalir tak henti2, mcm air terjun pun ad saya tgk bila dikenangkan balik benda tu. bukan setakat mengis, tetapi sampai tahap meraung la jugak masa tu. tapi takde org dgr la cuz saya tekap muka dgn bantal. bantal saya jgn cakap la, habis lencun saya kerjakan. lepas dekat 10 minit barulah berhenti. lepas dh rse okay, sya teruskan kerja sya balik. tapi, lepas 15 minit, air mata keluar lagi. huaaaaaaaaa!!!!!!!! ap yg x kene ngan ak ni...

ad la dekat 4 kali kut syaa menangis. hahahahahaaaaa!!!! bila pikir balik mcm kelakar pun ad gak. dah tua2 pun nak menangis. nak kate sedey, tak jugak. mungkin sebab stress kut nak exam x lama lg. ke kepala ak ni dh x betul. ye la kan, tetibe je menangis, tak tentu pasal. lama pulak tu. habis tisu yg baru beli mse tu, drpd sekotak tinggal 3/4 je. the rest dihabiskn buat lap air mata n air hidung, hihihihihi...

satu perangai saya ni, kalu menangis tak suka dpn org lain, even depan mak saya sndr pun jarang menangis dpn dia (except mse kecik2 dulu lar). dn sya mmg jenis yg jarang menangis (dr segi menangis sbb ad bende yg x kene ngan diri sndr la, tp kalu tgk citer sedey laju je air mata ni jalan). dh lepas kali ke-4, saya dh penat. tp nak citer ngan sape sya x tau. nk call kwn2 yg ad kt sini, mcm segan la plak. nak call rumah, takut buat mak risau x penah2 call rumah semata-mata nak menangis. last2 sya call kawan yg ad kt m'sia. mula2 call, saya x ckp ap2 pun. tp dia cam dr suara sy yang sengau semacam tu die teka sya ad nangis ke. ap lagi, keluar balik air mata tu. huaaaaaaaaaaaaaaa, x penah ak nangis dpn dia, tetiba hari ni buat rekod. lepas dia pujuk, baru la reda sket, tmbh lg ngan lawak x bertempat dia tu, sye happy la sket. syukur ad kawan saya tu kalu tak rsenye bleh banjir bilik ak ni ngan air mata!!!!

lps dh tenang sikit, sya buat solat sunat sket n solat hajat. mintak supaya hati ni tenang, jgn kacau bilau, lagi2 dh nak exam x lama lagi, mintak dipermudahkan waktu exam dn mcm biasa mintak diampunkan segala dosa2 saya. then smbung baca quran sket. lpas tu bukak sket buku harun yahya yg saya ad and sya terjumpa la beberapa ayat2 al-Quran yang sesuai sgt dengan keadaan sya waktu tu.

The Unseen of the heavens and the earth belongs to Allah and the
whole affair will be returned to Him. So worship Him and put
your trust in Him. Your Lord is not unaware of what you do.
(Qur'an, 11:123)

That it is He Who brings about both laughter and tears. (Qur'an,
53:43)

My Protector is Allah Who sent down the Book. He takes care of
the righteous.' (Qur'an, 7:196)

dlm ayat2 al-Quran tersebut, dinyatakan bahawa stiap ap yang terjadi pasti akan kembali pada-Nya, dan ALLAH tahu setiap apa yang kita kerjakan. dlm erti kata yang lain, walaupun saya rasa sgt2 sedih mlm tu, saya tau ALLAH mengetahui ap yg terjadi dan saya tau ad hikmahnya kenapa saya rasa sgt sedih mlm tu, dan sesungguhnya letakkanlah kepercayaanmu kepada-Nya, kerana sesungguhnya DIA mengetahui setiap ap yg terjadi. sesungguhnya air mata yang mengalir pda mlm tu dtg tentu daripada-Nya dan Dialah pelindung yang terbaik, Dia yang menguruskan segalanya.

harap sgt jgn la ulang kembali ap yang terjadi mlm tu. bkn ap, sya x suka menangis!!!!!!!!!! mmg bukan hobi sya suka menangis. tp kalu terjadi jugak, nak buat mcm mne. itu adalah kehendak-Nya...

p/s: 1. sori, ni entri mengarut
2. jgn gelak plak bila baca bende ni sbb sya citer pasal saya nangis
3. bukan suka2 nak buka pekung di dada, tp x de tmpt lain nak luahkan, kat sini je yg ad
4. komen la ap yg patut, bg kte2 semangat sket ke ;)

Friday, May 15, 2009

ibu oh ibu...


tanggal 10 Mei 2009...

baru je lepas tarikh keramat ni. nak tau kenapa tarikh ni tarikh keramat? sebab tarikh ni adalah hari di mana seluruh dunia (rasanya) menyambut hari ibu. walaupun dh 5 hari berlalu, saya rase belum terlambat untuk saya mengucapkan HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua ibu-ibu yang ada di seluruh dunia ni!!!!!!!!!! tak kira pa pun panggilan untuk mereka; ibu, mak, emak, mama, mummy atau apa saja, mereka tetap yang TERBAIK.

cakap pasal hari ibu ni, saya teringat la masa saya call ibu saya untuk ucapkan selamat hari ibu. mula-mula, tak tau nak call atau tak ibu saya. sebabnye, tahun-tahun sebelumnya saya wish kat ibu saya sekali dengan wish birthday dia. jd bile nak wish tu tak la terlalu kekok. "kenapa nak kekok?" kawan saya tanya. yela, mesti nampak agak pelik untuk seorang anak kekok untuk mengucapkan selamat hari ibu kat mak dia. tapi tu la yang terjadi kat saya....

kenapa saya kekok? sebabnya, saya memang tak berapa rapat dengan ibu saya. kenapa? saya pun tak tau ap sebab sebenar saya tak berapa rapat dengan ibu saya. orang kate bila x rapat dengan mak, dia akan rapat dengan ayah. dengan ayah saya pun x jugak. dengan dua-dua saya tak berapa rapat. pelik kan. tapi itulah hakikatnya...

sejak kecik, saya dibesarkan oleh kedua makcik saya yang tinggal sekali serumah dengan keluarga saya. ibu dan ayah dua-dua keje. jadi diorg berdua memang jarang la ad kat rumah except weekend. dari kecik saya tidor memang dengan makcik saya. jarang la saya tido dengan mak saya. bila dah besar pula tido kat bilik masing-masing. lepas tu masuk form 1 sampai la form 5 duk boarding school. kat ktt pun duk hostel n jarang balik umah. sampai la skang dah dekat setahun x balik rumah. jadi memang jarang la ad dengan family, tak kira la ayah, ibu atau adik-adik saya.


dulu mmg kurang la rapat dengan ibu. tp bile skang, dah jauh sikit rsenye makin rapat la. tp mungkin tetap serapat mcm org lain. segala masalah atau ap saja yang saya rasa x penah bg tau kat ibu. tak tau la kenapa. lg pun memang tak pernah bagi tau sesapa pun. dh saya ni memang jenis pendiam dalam erti kata lain, jenis yang pendam segala masalah yang terbuku kat hati ni. dulu masa mula masuk asrama banyak sangat masalah. masalah ngan study, dengan kawan2 mcm lagi la. tp setiap kali call rumah, bila ibu tanya ad msalah x, mesti saya jawab takde masalah. padahal masalah yang ada berderet. hurmmmmmmmm...

tp sekarang alhamdulillah, dah ok la. dah boleh la kalau nak borak lama2. kalau dulu, call die tak sampai satu minit pun. just call utk tanya khabar then letak. kelakar kan... setiap kali saya tgk oran lain call mak masing2, lama sangat dia borak. saya pelik sebab saya tak pernah pulak mcm tu. x kisah la kan. yang penting saya tetap sayang ibu saya!!!!!!!

jadi ari tu masa call untuk wish hari ibu, saya amek masa yang agak lama la untuk wish 'selamat hari ibu' kat ibu saya. tu pun saya cakap dengan nada mcm bergurau. tp ibu tetap cakap terima kasih. rasanya die paham kut, sya memang mcm tu. setiap tahun call pun memang saya wish dengan nada yang mcm bergurau. bukan saya bergurau, tapi untuk ckp dengan serius, saya tak mampu. rasa kekok sangat...

tapi walau mcm mana kekok atau tak rapat pun saya dengan ibu, saya tetap menyayangi beliau hinggalah ke akhir hayat saya. tak mungkin dapat saya cari ganti beliau. ibu saya hanya satu, tiada dua.

Ibu, walaupun ibu tak baca ap yg ditulis kat sini, kite tau ibu tetap sayang kat kite dan saya juga sayang ibu sampai bila-bila!!!!

"Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, Kau berkatilah kehidupan mereka Ya Allah. Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Kau sayangi di akhirat kelak. Kau limpahkanlah rezeki dan nikmat-Mu kepada mereka dan jauhilah sebarang bala bencana dari mereka Ya Tuhan. Kau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sedari kecil. Kau peliharalah mereka dari api neraka dan tempatkanlah mereka di dalam syurga nikmat-Mu Ya ALLAH..."


Your Lord has decreed that you should worship none but Him,
and that you should show kindness to your parents. Whether one
or both of them reach old age with you, do not say 'Ugh!' to them
out of irritation and do not be harsh with them but speak to them
with gentleness and generosity. Take them under your wing, out
of mercy, with due humility and say: 'Lord, show mercy to them
as they did in looking after me when I was small.' (Qur'an, 17:23-
24)

p/s: 1. ibu, selamat hari ibu dan happy birthday to you!!!!
2. ibu, saya tetap sayangkan ibu selama-lamanya. sesungguhnya syurga itu di telapak kaki
ibu...
3. sorilah, entri ni hanya untuk meluahkan rasa hati saya. sori panjang sangat
4. kawan2, jangan lupa hari bapa tak lama lagi dan jgn lupa jugak wish kat ayah kita plak
5. exam tak lama lagi, jadi minta lah parents kita untuk mendoakan kejayaan kita dlm exam nnt ok
6. gamba yang ad tu sekadar hiasan. saya tak secomel budak dlm gamba tu n mak saya lagi
lawa drpd yg ad kt dlm gamba tu (hihihihihi)

Tuesday, May 12, 2009

sayangkah aku pada-Nya



waaaaaa!!!! tgk2 dh lme x menulis kt sini. bknnye x de mse, cuma x berkesempatan je (lain ke mksdnye tu?). skang dh pun msuk bulan mei. x smpai sebulan lg dh nk exam!!!!! takutnyeeee!!!! mintak2 la sgt bile exam nnt bleh buat. usaha byk2 dn jgn lupa utk berdoa pada-Nya...

ni nk citer la sket pengalaman saya ari tu. ni ngah jalan nak pegi kelas. jalan punya jalan sye ternampak sahabat saya dari arah yang bertentangan. sye pun tetap meneruskan perjalanan sye. mse nak melintas jalan, sya trus je jalan, tak toleh kiri kanan depan belakang walaupun biasanye saya akan toleh2 dulu baru melintas. bile nak melintas sahabat saya yang dtg dr arah bertentangan ngan saya tu suruh sye berhenti drpd melintas. saya pun x tanye byk n just berhenti. lpas je sye berhenti ad motor yg ditunggang dgn lajunya dtg dr arah belakang saya!!!!!!!! terkejutnya saya waktu tu bukan kepalang. nasib baik la ad sahabat saya tu suruh sya berhenti dr trus melintas jalan tu. kalau tak, rsenye sye mungkin dh masuk hospital or x pun mungkin x akan wujud utk tulis post ni kan. masya-Allah....

lepas tu sye pun ucapkan terima kasih bebanyak kat sahabat sye tu sbb kre mcm dh selamatkan sye drpd kene langgar. syukur Alhamdulullah sbb die ad kt situ utk tolong sya. cbe bayangkan kalau la sahabat saya tu x ada kt situ dn sye pulak x perasan ad motor yg dtg dr arah belakang sye *muke tgh bayangkan*. x tau la ap akan jd kt saya. mungkin dh x de kut... bila pikirkan sye rasa sgt2 bersyukur sbb masih hidup dan x kene langgar. sye rasa mcm sbb ALLAH masih sayangkan saya, sebab tu la DIA kre mcm hantar sahabat saya tu utk elakkan saya drpd kene langgar.

tgk lah betapa ALLAH s.w.t itu menyayangi hamba-hambaNya. ALLAH s.w.t menyayangi semua hamba-Nya. walaupun saya ni byk sgt buat dosa, pahala x byk mne tp sye tetap rasa ALLAH menyayangi saya. kalau x, masakan Dia akan memberi pertolongan mse tu ataupun bile2 mase saja. sesunggunya kasih sayang ALLAH tak ternilai besarnya. betapa banyak nikmat dan kurniaan-Nya yang telah diberikan kepada kita, hamba-Nya.

kemudian, sya pikir. kalau betapa besarnya kasih sayang Allah pada saya, bagaimana pula dengan sayangnya aku pada-Nya? adakah besar atau kecil? itulah persoalan yang sentiasa bermain di minda saya sejak akhir-akhir ni. sayangkah aku pada-Nya?

saya mungkin x tahu besar mne sayangnya saya pada-Nya. tapi saya pasti dengan satu perkara, ALLAH swt menyayangi hamba-Nya yang percaya kepada-Nya kerana saya tau tanpa-Nya atau tanpa pertolongan dan kasih sayang-Nya saya mungkin x mampu untuk berpijak di muka Bumi yang telah diciptakan-Nya ini. tanpa rahmat-Nya saya x mungkin dilahirkan didalam keluarga Islam dan sekaligus mengenali betapa ISLAM itu sebuah agama yang syumul sejak kecil. sering doa-doa yang saya titipkan adalah untuk mendapat keredhaan-Nya sepanjang saya diberikan nyawa untuk meneruskan hidup ini.

Ya ALLAH, hamba-Mu ini sering melakukan dosa ya ALLAH. hamba-Mu ini sering meninggalkan suruhan-Mu. ampunilah dosa-dosaku ya Tuhan yang Maha Pengampun segala dosa-dosa. Ya Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, kau berkatilah kehidupan ku ini. Kau kurniakanlah hidayah-Mu supaya aku dapat lebih menyayangi-Mu, agar aku sentiasa berada di jalan yang benar, supaya aku tidak akan sesekali berpaling dari-Mu. Ya Allah, kau redhailah kehidupanku ini ya Tuhan...

jadi, selepas ni saya kenelah memperbanyak amalan dan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. sesungguhnya kasih sayang ALLAH itu terlalu besar dan kurniaan-Nya tak terkira banyaknya...

Their Messengers said to them, 'We are nothing but human beings
like yourselves. But Allah shows favour to any of His servants He
wills. It is not for us to bring you an authority except by Allah's
permission. So let the believers put their trust in Allah. (Qur'an,
14:11)

He has given you everything you have asked Him for. If you tried
to number Allah's blessings, you could never count them. Man is
indeed wrongdoing, ungrateful. (Qur'an, 14:34)


p/s: pengajaran yang patut diambil

1. lain kali kalau nak melintas tengok la dulu kiri, kanan, depan dan belakang anda. maklumla jalan kat sini bahaya sikit. hehehehehe... jgn jd mcm saya, sikit je lagi nak kene langgar.

2. sentiasa la mintak supaya kita ni sentiasa di jalan yang benar dan tidak akan berpaling dari jalan ini dan sentiasa ingat ALLAH lebih menyayangi hamba-Nya yang percaya

3. sebenarnya post ni pelik sikit sbb ap yg ditulis lain sikit dr ap yang ad dalam kepala... maklumla dh lame x menulis mungkin sbb tu x dpt cari ayat yg sesuai sebab tu ayat2 yang ad mungkin pelik sikit... sori la kalu x paham

4. gud luck pada semua yang nak exam. mohon la pada-Nya supaya hati dapat ditenangkan dan segala pekerjaan kita dipermudahkan, terutamanya waktu nak jawab exam... AMINNN...

Monday, April 20, 2009

adilkah?!

Alhamdulillah, syukur pada Tuhan sebab dengan izin-Nya berjaya jugak Karnival Sukan Malaysia semalam. walaupun semalam hujan di akhir2 acara dan beberapa pertandingan tak dpt dihabiskan, tapi memang best la semalam. seronok sangat2, sbb mcm waktu sukan tahunan kat sekola dulu2. hias khemah, buat maskot n mcm2 lagi la kan. walaupun penat, tapi dpt gak hilangkan tension tgk buku 24 jam. khemah TEMENGGUNG mmg cunla. congratz la pd semua yg terlibat dlm hias khemah n sanggup turun kul 3 pagi semata-mata nak hias khemah. korang semua mmg BEST la. TEMENGGUNG is HOT TO GO!!!!!!!!!!!

tapi....
saya ni bukannya nak mengata atau mengutuk
bende ni mmg btol2 terjadi waktu karnival sukan ni
setiap pertandingan yang dijalankan haruslah dibuat secara adil kan
common sense la utk pastikan pertandingan yang ad berjalan dengan adil dan saksama
tp dr ap yg dpt sye lihat, perkara ni tak terjadi dengan yang sepatutnya
maksud saya ad la bbrp pertandingan yg dijalankan dengan agak kurang adil la
tu pd pendapat saya la, dari ap yg saya nmpk

mungkin ad sesetgh org x rase ap yg saya rase
tp buat KAMI ni, agak terasa la kurang keadilan yg terjadi
saya bukan nak menyalahkan sesiapa atas ap yg dh jadi ni
bende tu pun dh berlalu
tp kalau boleh la kan bila diadakan ap2 pertandingan pd masa akan dtg
bende tu dpt la dijalankan dengan adil dan saksama utk semua pihak
ni pun utk kebaikan semua pihak
bukan utk sesetgh pihak la

kita semua diajar utk berlaku adil dan saksama pada semua org
tak kira la umur, agama, bangsa or anything la
kita sebagai umat ISLAM dh diajar utk adil
seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran

Allah commands you to return to their owners
the things you hold on trust and, when you judge
between people, to judge with justice. How excellent
is what Allah exhorts you to do! Allah is
All-Hearing, All-Seeing. (4:58)


dh dinyatakan dengan terang lagi bersuluh
yang bila mengadili itu haruslah dengan ADIL
sebagai umat ISLAM kita haruslah mengikuti kalam ALLAH yang sudah dinyatakan dalam al-Quran

jadi pengajarannya, sentiasalah berlaku adil dan saksama dalam setiap ap yang kita lakukan
kerana sesungguhnya ALLAH Maha Menegtahui setiap ap yang kita lakukan di muka Bumi yang telah diciptakan-Nya ini

You who believe! Be upholders of justice, bearing
witness for Allah alone, even against yourselves
or your parents and relatives. Whether
they are rich or poor, Allah is well able to look
after them. Do not follow your own desires and
deviate from the truth. If you twist or turn away,
Allah is aware of what you do. (4:135)


p/s: kepada sesiapa yang terasa, saya mintak maaf sgt2, ini hanyalah luahan rasa hati saya

Friday, April 17, 2009

kenapa dengan diriku??

dh lame takde entry baru
yelakan, klas dh start balik
kuliah, tutorial, lab, skill lab
tiap2 ari penuh
dgn LInye, lab la, nak hafal skill lab lg
mcm2 bende bile klas dh start semula ni
hujung minggu ni plak ad sukan rakyat
sibuk berlatih lagi
bz nye la hidup jd student ni
mengalahkan PM (hehehe)

tp hakikatnye
bukan takde masa nk buat post baru
tp sejak akhir2 ni xde idea nk tulis ap
rasa mcm diri ni kosong sgt
padahal badan sibuk buat keje
kenapa dengan diri ni?
jiwa, rasa kosong sgt...
mungkin sebab terlalu sibuk kat hal dunia,
sampai boleh terlupa tentang yang lain

astaghafirullah....
teruknye saya ni kan
ya Allah, hamba-Mu ini telah melupakan-Mu
hanya kerana sibuk sedikit, aku lupa kepada-Mu
hanya kerana urusan duniawi yang belum pasti mendapat keredhaan-Mu
ak lupa tentang urusan ukhrawi, ak lupa tentang ibadahku kepada-Mu
ya ALLAH...
adakah ini adlah salah satu daripada ujian-Mu
jika benar, aku terima ujian-Mu ini
tapi, kau berikanlah kekuatan agar dapat ku tempuhi ujian ini dengan sabar, ikhlas
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui ap yang lebih baik buat hamba-Mu ini

Why are we tested?
Allah tests people in the world to distinguish the ones who believe
in Him from those who dont, and to determine which of the
believers are best in their behaviour. Therefore, it is not enough
for an individual to say ÒI believeÓ. As long as one lives, his faith
and devotion to Allah, his perseverance in religion, in short, his
steadfastness in being a servant of Allah are tested in specially
created conditions and environments. Allah states this truth in the
following verse:
He created death and life to test which of you
acquitted himself best. He is the Almighty, the Ever-
Forgiving. (Surat al-Mulk: 2)
-dari buku Harun Yahya-


ya Tuhanku
jika kesusahan yang kau datangkan pada hamba-Mu ini
aku terima dengan penuh redha
sesungguhnya aku mengetahui
setiap kesusahan yang engkau datangkan pada diriku ini
pasti ad hikmahnya

Did We not expand your breast for you and remove your load
from you which weighed down your back? Did We not raise your
renown high? For truly with hardship comes ease; truly with
hardship comes ease. (Qur'an, 94:1-6)


Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini
ya ALLAH...

Friday, April 10, 2009

ya ALLAH swt...

dh 2 hari sejak last paper exam aritu
sejak tu bz sgt2
maklumla karnival sukan malaysia dh start
igtkan bile dh habis exam, bolehla rehat sket
rupenye makin penat
tp bak kate kawan saya,
"kerja demi ALLAH, insya-Allah dapat keredhaan-Nya"
btol2, kerja demi ALLAH
sebab, hanya dengan keredhaan-Nya dan kebenaran-Nya sesuatu kerja tu kita mampu selesaikan

jd bile dh bz ni, dh sibuk ke hulu ke hilir
penat sgt2 badan n otak ni
tp yang paling saya terkilan dengan diri sndr
bila dh bz ni, solat pun selalu lmbt
al-Quran pun dh kurang baca
ya ALLAH, ampunkan diriku ya ALLAH
'hanya kerana kerja yang banyak mana, aku lalai dalam menunaikan kewajipanku kepada-Mu'

ya ALLAH,
diri ini baru sahaja belajar untuk dekat pada-Mu
berilah kekuatan pada diriku ya Tuhan
berilah hamba-Mu ini ketenangan hati
aku mohon pada-Mu
ampunkanlah dosa-dosaku yang terlalu banyak ini
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun segala dosa
aku mohon pada-Mu
sesungguhnya tiada tempat pergantungan yang lain buat diri ini, hanya pada-Mu
ya ALLAH

itulah doaku setiap kali selesai solatku
ak mohon pada-Mu ya RABB
sesungguhnya hamba-Mu yang kerdil ini terlalu banyak dosanya
ampunkanlah dosaku dan berilah keredhaan-Mu...

Those who believe and do right actions and perform
prayer and give the alms, will have their reward
with their Lord. They will feel no fear and
will know no sorrow. (2:277)


ya Allah, kau berilah kekuatan padaku untuk ak mejaga segala ibadahku pada-Mu...


moral:
jangan la jd macam saya, hanya kerana kerja yang tak seberapa banyak, saya lalai dalam menunaikan kewajipan pada-Nya
jagalah solat, sesungguhnya solat itu adalah tiang agama
dan tanpa yang tiang yang teguh, tak mungkin sesebuah rumah dapat berdiri teguh..

p/s: kepada saudara haikal, siapa saya x perlulah tahu yang mana, saya di sini hanya ingin meluahkan rasa hati ini. cukupla saya katakan saya ini hanya hamba ALLAH yang kerdil...

Tuesday, April 7, 2009

mampukah kupadamkan...

Alhamdulillah, baru je jabis CRP. so, 2 more papers to go. teringat smlm mse tgh baca slide CRP. mase tgh baca tu, gune la highlighter saya. tp yg bestnye bende ni, die ad pemadam kt hujung yg lagi 1. igt lagi masa mula2 nmpk bende ni, masa tu kat tutorial yg lama. ada satu sahabat saya ni die ad highlighter ni. mule2 nampak memang excited sangat coz baru first time jumpe. dulu kat malaysia x pernah la plak jumpe kan.

lps tu, bile pegi jatos saya pun beli la. 2 batang lagi. satu warna purple, satu lg warna pink (walapun saya x suka warna pink). so, bila dah beli tu mestila kene guna kan. saya pun guna la highlighter ni bile bace slide or buku. pastu, bile ad salah boleh la padam coz ad pemadam die. jd mse nk study utk exam ari tu, saya pun terpikir sesuatu...

saya bayangkan yg highlighter tu mcm dosa2 dan kesalahan yang byk sgt saya dh buat. alangkah baiknya dosa2 yang saya dah buat mampu saya padamkan mcm saya padamkan highlighter tu. alangkah baiknya setiap kesalahan yang dah saya lakukan, baik pada ALLAH, baik pada ibu n ayah dan pada sesapa pun yang pernah saya lukakan hati or perasaan mereka mcm saya padamkan highlighter tu. saya tau mustahil untuk dipadamkan semuanya kerana terlalu banyak kesilapan yang dah saya lakukan. Ya ALLAH, begitu banyaknya dosa hamba-Mu ini ya Tuhan. betapa banyaknya kesalahan yang telah aku lakukan ya ALLAH...

lepas tu saya terus pegi ambil wuduk n terus solat. saya doa byk2 kat ALLAH, minta ditenangkan hati ini. saya sedar semua kesalahan dan dosa yag telah saya lakukan x mungkin akan dapat dipadamkan begitu saja, macam saya padamkan highlighter tu. tapi, saya tahu ALLAH Maha Pengampun. setiap kali selesai solat, saya mintak dengan Allah supaya Dia dapat ampunkan dosa2 saya yang terlalu banyak ni. saya mohon supaya diri ni dapat berubah, supaya hati ini sentiasa dekat pada-Nya dan supaya hamba-Nya yang kerdil ni dapat keredhaan daripada-Nya. YA ALLAH...

Anyone who does evil or wrongs himself and then asks Allah's
forgiveness will find Allah Ever-Forgiving, Most Merciful. (Qur'an,
4:110)


moga segala dosa-dosaku mendapat pengampunan dari-Nya... aminnn...
 
Copyright 2009 makhluk ciptaan-Nya Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes