sebaik sahaja sampai di bilik, saya terus membuka blog abg amad. terdapat post yang terbaru dari beliau bertajuk "Jumpa Di Syurga Sahabatku Ammar". terus saya membaca isi kandungannya. dicatat di situ bagaimana abg amad mendapat berita pemergian salah seorang sahabatnya, yang selama ini tidak pernah bersua muka, tetapi kerana ukhwah yang terjalin dan kerana minat mereka berdua yang sama dalam bidang fotografi, mereka berdua telah menjalinkan persahabatan. disertakan juga senarai 4 orang pelajar yang turut terlibat dalam nahas tersebut. tergamam saya sebentar kerana saya cukup mengenali salah satu nama yang ditulis. nama yang saya dengar dari saya tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5. namun saya bersyukur kerana dikatakan di situ bahawa dia sudah dalam keadaan stabil.
namun, yang paling menyayat hati adalah bagaimana diceritakan bahawa saudara Ammar Zulkifli telah meniggalkan dunia ini untuk pergi menghadap Ilahi. saya membuka blog-blog sahabat saudara Ammar yang lain. semuanya menyatakan betapa sedihnya mereka tatkala mendapat berita kematian arwah. betapa mereka pasti akan merindui arwah, seorang sahabat yang ckup baik, yang kata-kata dan budi bahasanya sangat mulia, seorang pemimpin yang cukup berwibawa. mengalir air mata saya tatkala membaca post2 yang ditulis oleh sahabat arwah. betapa insan ini akan diingati namanya dan betapa seluruh dunia mendoakan pemergiannya. di blog beliau, Kalam Puncak serba sedikit saya dapat mengenali diri arwah. walaupun namanya tidak pernah kedengaran sebelum ini, tapi pemergiannya tetap saya tangisi. kehilanganya bermakna hilangnya seorang abang, seorang sahabat yang baik, seorang pemimpin yang berwibawa dan juga hilangnya seorang mujahid.
terdetik di hati saya, apakah pemergian saya nanti akan ditangisi oleh teman-teman saya? adakah mereka akan mengingati saya? adakah pemergian saya akan didoakan oleh teman-teman sepertimana pemergian saudara Ammar didoakan oleh seluruh dunia?
yang itu saya tak akan pernah tahu. tapi yang pasti mempersiapkan diri dengan amalan yang cukup, memperkuatkan diri dengan IMAN yang teguh dan sentiasa berdoa dan memohon kepada-Nya adalah sesuatu yang saya tahu dan mampu saya lakukan. saya akan cuba untuk memperbaiki diri ini, cuba untuk mempertingkatkan amalan dan cuba untuk menjadi seorang hamba-Nya yang kehidupannya sentiasa diredhai dan diberkati. mungkin dengan doa dan juga bantuan dari rakan-rakan, kita semua mampu untuk menjadi seperti saudara Ammar, Insya-Allah...
sesungguhnya, sentiasalah beringat bahawa kematian itu pasti. seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran:
Every self will taste death. We test you with both
good and evil as a trial. And you will be returned to
Us. (21:35)
tetapi selagi ada nafas yang berhembus, selagi ada nyawa dan kehidupan yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada kita semua, pergunakanlah ia dengan sebaik yang mungkin. gunakanlah ia untuk menjadikan diri kita semua hamba yang sentiasa sujud kepada-Nya, yang sentiasa melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, yang sentiasa percaya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Dialah sebaik-baik tempat untuk kita berserah supaya apabila sudah tiba masanya untuk kita pergi meninggalkan duni fana ini, tiada sebarang kekesalan di hati ini. semoga kita semua mampu melakukannya. AMIN...
p/s: sedekahkanlah al-Fatihah buat saudara Ammar, biarpun kita tidak pernah mengenali beliau. semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah dapat bersabar dengan ujian Allah ini.

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat."
Ammar bin Zulkifli
2 comments:
al fatihah..
saya juga sama.walau tidak kenal tapi ttp rasa bnda yg sama..
sama2 kita doakan arwah dan sahabat2 yg terlibat dlm kemalangan tu..
Sama-sama kita doakan
Post a Comment