RSS
Welcome to my blog:) diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua dan juga diri saya sendiri *peace*

Monday, June 29, 2009

betapa indahnya ciptaan-Nya

beberapa hari yg lepas kami ber7 sempat berkunjung ke beberapa tempat sempena cuti seminggu sementara tunggu judicium. kawan2 yang lain semua balik je terus buat post pasal ni tapi saya terlambat seminggu sebab baru je berpeluang nak upload gambar2 yang ad ke laptop. bertemankan pak supir, kami telah pergi ke beberapa tempat menaiki avanza.

tempa first yg ktorg pegi adlh ladang strawberi (walaupun hakikatnya bukanla ladang, tapi lebih kepada kebun je). walaupun diri ni memang tak suka strawberi, tapi diturutkan juga kawan2 kerana diorg semua memang nmpknya sangat suke strawberi (tp korang semua, jgn salah faham ye. saya pegi ngan kerelaan sndr, bukan dipaksa). jd krenye sye ni just ikut n tlg petikkan untuk diorg ni n makanlah jugak beberapa biji.

antara beberapa gamba yg sempat saya ambil...

perjalan pulang dari ladang strawberi

lepas tu kitorg teruskan perjalanan lagi, ke kawah putih. sampai2 je bleh terasa bau belerang yg sangat kuat dan bleh juga terasa kesejukan yang mencengkam. first benda yg kitorg cari, adalah kedai makan, sebab perut masing2 dah lapar. akhirnya kitorg makan nasi dgn ayam bakar dan ad uga kawan yang beli jagung bakar (yang agak terlebih bakar).

jagung yang terlebih bakar =P

ayam bakar... sedapppp!

bile dh habis makan, bru la nak pegi kawah putih. tapi hujan la plak. makin sejuk la tempat tu. maka, kami dgn mengada2nye pegi la beli muffler n sarung tgn. saya plak memang tak bleh tahan sejuk yg mcm tu. lps semua dh ready dgn payung masing2 yg kami sewa, kami pun pegi la meredah hujan. walaupun ramai pengunjung lain sibuk patah balik sebab nak cari tempat berteduh, kami redah jugak hujan. walaupun mula2 rasa malas sgt, tapi bila nampak je view die yg sangat cantik, breathtaking tu memang terus hilang rasa malas saya tu. masya-Allah, lawa giler tempat tu. memang seriously breathtaking!!!

apa macam, lawaaaa sgt kan... breathtaking...

gamba ni, sbnrnye pakai amik je.. tapi org yg kt dlm gamba tu kte gamba ni lawa... ntahla.. die kte sebab dlm gamba ni die nmpk... (tu kene tanye tuan punya badan)

dh puas bergambar n disebabkn prg yg turun pun makin ramai, kitorg pun bertolak ke tempat lain. kali ni kami ke situ patengan (tak tau la btol ke tak ejaan ni). tempat ni sbnrnye mcm tasik. sebelum sampai ke tasik tu kami disajikan dengan pemandangan ladang teh yang sangat luasnya. tapi x sempat amik gamba sebab nk cpt sampai tempat yg dituju. tempat ni yang istimewanya pd saya sebab bleh naik bot pegi pulau batu cinta. view kt situ pun lawa.sedikit penerangan mengenai batu cinta... the story behind it...

bot yang kami naiki untuk ke pulau batu cinta... (dalam hati, tuhan je yg tau mcm perasaan kami semua waktu mula2 naik bot tu)

pakcik yang bwk bot yg kami naiki (sbnrnye die dayung bot tu)... terima kasih bebanyak pakcik sbb dh bawak kami ke pulau tu

kanak2 riang ria yang sgt suka bergambar x kira dimana mereka berada =)

It is He Who made the earth a couch for you, and
the sky a dome. He sends down water from the
sky and by it brings forth fruits for your provision.
Do not, then, knowingly make others equal to
Allah. (2:22)

bersyukurla dengan alam semulajadi yang Allah dh ciptakan ni. tanpa Dia takkan kita dapat pemandangan yang begitu cantik sekali. dengan kurniaan-Nya kita dapat melihat sesuatu yang begitu indah dan tanpa cacat cela ciptaannya. masya-Allah...

p/s: esok judicium, takut gile ni. malu sgt kalu x bleh naik tahun. dah la result yg sebelum ni mmg x berapa n elok. mintak2 la result sye elok. AMINNNNN....

p/s 2: marilah kita semua berdoa supaya dpt result yg ok2 belaka... gud luck kepada kita semua... semua kita sentiasa dibawah nikmat kurniaan dan perlindngan-Nya... May ALLAH bless all of us...

Wednesday, June 24, 2009

jasamu AYAH, takkan mampu ku balas...

SELAMAT HARI BAPA!!!!!!!!!


wahhhhhhhhh, dh terlambat nmpknye buat post sempena hari bapa ni. xde idea sblm ni nk tulis pasal ap sbnrnye, tu yg lmbt sikit bua post ni. anyway, SELAMAT HARI BAPA buat ayah saya yg ad kat Malaysia skang ni. sori la ayah, lmbt buat (mcm die bce blog den ni ha).

seba sedikit tentang ayah saya. skang umur die dh 53 tahun, lahir pada tanggal 15 september 1956. rsenye memang seumur hidup dia kut dia memang duduk kat johor, except mse die study high school. sekarang keje sebagai seorang guru kat sekolah menengah kat kampung saya. ajar math (walaupun saya benci math). orgnye tinggi sama ngan saya, kulit dia gelap sikit. sihat sejahtera walaupun kadang-kadang ada la juga batuk2 dan kalau semput dia datang susah gak ibu dibuatnye. tu je kut pasal ayah saya.

so, skang dh nak dekat setahun kut tak jumpa ngan ayah dan satu keluarga saya. maklumla dah lama tak balik malaysia. tak sabar sangat nak balik cuti nanti sebab dh rindu gile kat family. ingat lagi sampai sekarang masa nak fly hari tu. org dah panggil dah suruh turun bawah cuz dh sampai masa dh. jadi salam la semua org; ibu, ayah adik2 n makcik2 saya yang ikut hantar saya. then of course la dengan mak cium pipi die. ok time to go. tetibe, makcik tanya, "ayah ko, x nak cium sekali ke?" huh??????? ayah????? bukan lupe, cume tak pernah kecualila masa kecik2 dulu. tapi makcik tetap paksa gak. saya tetap ngan gelengan, tak nak. bukan tak suka, cuma memang tak pernah kut sejak saya umur 11 tahun. waktu tak tau kenapa rse sedih sgt. terus je nangis!!! huaaaaaaaaaa... 'ayah, bukan org tak sayang ayah, tapi memnag org tak biasa'. pastu turun gak tanpa cium pipi ayah. then dh dekat bawah, last time lambai family. lambai la semua, ibu, adik2 n makcik2. saya cari ayah, die takde!!!! sedeynye.... saya risau sgt waktu tu, takut die kecik hati ngan saya pasal bende sblm tu. tapi langkah kaki tetap dihayun sebab masa nk fly dh tiba dorg cakap (walaupun hakikatnye kene la gak tunggu dkt 15 minit sblm masuk plane). sblm masuk, sempat lagi call ibu. tnye ibu, ayah ok tak, die cakap ok je. ok la tu, buat senangkan hati sblm fly ni.

then bile ceritakan balik kat kawan2 saya pasal apa yang berlaku waktu tu, kawan2 semua cakap bukannye ayah saya kecik hati, tapi die sedey kut cuz saya nk pegi dah. dah la saya ni anak first, perempuan plak tu. diorg kte sbb tu ayah saya x tgk mse sye dh nk fly. ingat lagi bile first time call rumah lps sampai kat sini. bile dgr suara ibu, tak rse sedey dagt pun. maklumla dh lme sgt n biasa duk asrama, jau dr family. tp bile ibu pass phone tu kat ayah, n bila dgr suara ayah, sedey sgt rse waktu tu. ntahla kenapa. maybe effect ap yang terjadi kat airport waktu before fly kut.

ibu selalu cakap, waktu saya kecik2 saya cukup manja ngan ayah. maklumla anak first. mana2 nak ayah, nak tidur pun kene ngan ayah gak. hahahahaaa!!!! lawak je bile igtkan waktu kecik2 dulu. dulu kalu nak tido, mesti suruh ayah patah2kan sendi jari ni. kalu tak, tak boleh nak tido. kalau tengok gamba2 waktu kecik dulu pun banyak gamba ngan ayah compare gamba ngan ibu.

tp sekarang, bukan tak rapat sangat, tapi dh kurang la berbanding dulu. mungkin saya ni anak perempuan, jadi kadang2 tu segan la jugak dengan ayah. tp, saya tetap SAYANGGGG ayah saya. kitorg berdua banyak suka bende yang sama. banyak benda yang saya suka sekarang semuanya pengaruh ayah. kalu dulu tak tgk pun bola sepak, tp sebab selalu terikut ayah tgk, saya pun jadi minat bola sepak. sebab ayah gak saya minat ngan semua sukan yang dia tgk; tenis, ping pong, F1 and macam2 lagi la. ayah minat roger federer dan benci rafael nadal, saya pun sama gak. filem2 aksi yang saya tgk pun sebab ayah kata best, saya pun tumpang tengok gak. drama siri 24 pun saya minat sebab ayah tengok gak kat rumah. macam mne ayah tak berapa suka bola sepak malaysia, saya pun tak berapa suka gak. ayah tak suka sgt tengok drama melayu, saya pun terikut gak tak berapa minat tengok drama melayu walaupun ibu minat sangat tengok drama melayu. heheheeee.... pelikkan, walaupun kitorg tak berapa rapat, tp banyak bende yang saya suka sebab ayah saya yang ajar.

paling pelik bila saya call rumah. kalau ayah yang jawab, cepa je dia bagi phone tu kat ibu. so, kadang2 tu bile takde topik nak tnye ayah, saya bantai je tanya pasal bola walaupun hakikatnye saya ap yang jd pasal game tu. saya ngan ayah dua2 minat MAN U and Real Madrid. saya suka pun sebab pengaruh ayah la. so, bile tak tau nak cakap ap ngan ayah, saya bantai je tnye mcm mne game Man U minggu lepas. kadang2 cakap gak ngan ibu, yang ayah kalau cakap ngan saya mesti sekejap je. ibu cakap, bukan saya je. ngan adik2 lain yang duk asrama semua mcm tu. die cakap sekejap je ngan kitorg, pastu die bagi phone tu kat ibu saya. kadang2 jeles gak tengok kawan2 yang lain bile cakap ngan ayah diorg mesti lama, tapi kalau saya nak cakap lama ngan ayah, kene la keluar topik pasal bola. kadang2 rasa kelakar pun ada gak. ble cakap ngan ayah je, pasal bola. kalau tak cakap pasal bola, jangan harapla nak dapat borak lama ngan ayah. tapi tak kisahla kan.

apa pun yang jadi, saya tetap sayang ayah saya. saya selalu mintak ngan Allah supaya panjanglan umur dia, berikan kesihatan pada dia supaya dia dapat tengok kejayaan saya satu hari nanti supaya die dapat berbangga ngan saya. "sesungguhnya, segala jasa dan pengorbanan yang ayah dah lakukan selama ni, mungkin tak dapat org nak balas. tapi, harapnya dengan kejayaan yang akan org kecapi, ayah dapat berbangga ngan org."

I love you ayah!!! You're the best father in the whole universe!!!!!!


Saturday, June 13, 2009

mati itu pasti...

beberapa hari yang lepas, ada teman yang memberitahu bahawa sahabat kepada abang amad telah meninggal dunia di Mesir, disebabkan oleh kemalangan jala raya. betapa terkejutnya saya waktu tu. sebelum ni memang ad mendengar berita tentang kematian pelajar Malaysia di luar negara, namun berita kali ini lebih memeranjatkan. mungkin kerana saya sendiri salah seorang pelajar perubatan, sama seperti arwah.

sebaik sahaja sampai di bilik, saya terus membuka blog abg amad. terdapat post yang terbaru dari beliau bertajuk "Jumpa Di Syurga Sahabatku Ammar". terus saya membaca isi kandungannya. dicatat di situ bagaimana abg amad mendapat berita pemergian salah seorang sahabatnya, yang selama ini tidak pernah bersua muka, tetapi kerana ukhwah yang terjalin dan kerana minat mereka berdua yang sama dalam bidang fotografi, mereka berdua telah menjalinkan persahabatan. disertakan juga senarai 4 orang pelajar yang turut terlibat dalam nahas tersebut. tergamam saya sebentar kerana saya cukup mengenali salah satu nama yang ditulis. nama yang saya dengar dari saya tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5. namun saya bersyukur kerana dikatakan di situ bahawa dia sudah dalam keadaan stabil.

namun, yang paling menyayat hati adalah bagaimana diceritakan bahawa saudara Ammar Zulkifli telah meniggalkan dunia ini untuk pergi menghadap Ilahi. saya membuka blog-blog sahabat saudara Ammar yang lain. semuanya menyatakan betapa sedihnya mereka tatkala mendapat berita kematian arwah. betapa mereka pasti akan merindui arwah, seorang sahabat yang ckup baik, yang kata-kata dan budi bahasanya sangat mulia, seorang pemimpin yang cukup berwibawa. mengalir air mata saya tatkala membaca post2 yang ditulis oleh sahabat arwah. betapa insan ini akan diingati namanya dan betapa seluruh dunia mendoakan pemergiannya. di blog beliau, Kalam Puncak serba sedikit saya dapat mengenali diri arwah. walaupun namanya tidak pernah kedengaran sebelum ini, tapi pemergiannya tetap saya tangisi. kehilanganya bermakna hilangnya seorang abang, seorang sahabat yang baik, seorang pemimpin yang berwibawa dan juga hilangnya seorang mujahid.

terdetik di hati saya, apakah pemergian saya nanti akan ditangisi oleh teman-teman saya? adakah mereka akan mengingati saya? adakah pemergian saya akan didoakan oleh teman-teman sepertimana pemergian saudara Ammar didoakan oleh seluruh dunia?

yang itu saya tak akan pernah tahu. tapi yang pasti mempersiapkan diri dengan amalan yang cukup, memperkuatkan diri dengan IMAN yang teguh dan sentiasa berdoa dan memohon kepada-Nya adalah sesuatu yang saya tahu dan mampu saya lakukan. saya akan cuba untuk memperbaiki diri ini, cuba untuk mempertingkatkan amalan dan cuba untuk menjadi seorang hamba-Nya yang kehidupannya sentiasa diredhai dan diberkati. mungkin dengan doa dan juga bantuan dari rakan-rakan, kita semua mampu untuk menjadi seperti saudara Ammar, Insya-Allah...

sesungguhnya, sentiasalah beringat bahawa kematian itu pasti. seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran:
Every self will taste death. We test you with both
good and evil as a trial. And you will be returned to
Us. (21:35)

tetapi selagi ada nafas yang berhembus, selagi ada nyawa dan kehidupan yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada kita semua, pergunakanlah ia dengan sebaik yang mungkin. gunakanlah ia untuk menjadikan diri kita semua hamba yang sentiasa sujud kepada-Nya, yang sentiasa melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, yang sentiasa percaya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Dialah sebaik-baik tempat untuk kita berserah supaya apabila sudah tiba masanya untuk kita pergi meninggalkan duni fana ini, tiada sebarang kekesalan di hati ini. semoga kita semua mampu melakukannya. AMIN...

p/s: sedekahkanlah al-Fatihah buat saudara Ammar, biarpun kita tidak pernah mengenali beliau. semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah dapat bersabar dengan ujian Allah ini.

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat."
Ammar bin Zulkifli



Tuesday, June 9, 2009

EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!

jumaat ni genaplah 2 minggu kami semua exam. dan maksudnya, genaplah jugak 3 minggu hidup kitorg semua tunggang terbalik, terutamanya sayalah kan. exam start dgn SOCCA. part tu yg paling x boleh tahan. kalu sebelum ni, SOCCA antara exam yg last skali, tp kali ni yg first skali. masa dpt tahu yang kata SOCCA hari first, rasa nak pengsan pun ada.

sebabnya, SOCCA lah exam yang paling menakutkan utk kitorg semua. pastu dgn dgr drpd senio2 yg kata SOCCA system ni susah gila. tmbh pulak bila dgr ramai senior2 2nd year yg fail utk REPRO nye SOCCA. masa tu mmg cuak nak mati. dgn pikir byk lagi x study byk lagi nak pahamkn and hafal. makin hampir hari nak SOCCA, hati ni ALLAH saja yang tahu mcm mne berdebarnye. walaupun ktorg semua SOCCA hari last, tp saya dpt session yg first skali, kul 7.30. mungkin saya tunjuk muka xde perasaan, tp hati ni mmg berdebar2.

hari yang ditunggu-tunggu...
sampai2 je kat A4, baru duduk 10 minit nama dh kene panggil. masa tu mmg rasa nak meraung je kat situ. byk lg rasa x prepare. n bile smpai kat meja yg ad kerta soalan, terbalikkan kertas tu and...... kes ap yg sya dpt? PUERPERIUM!!!!! masa tu mmg btol2 dh menangis. tp dlm hati je la. sebabnya kes tu la paling yg x igt dn paling tak berapa nak suka coz ad pasal breast anat n so on. habis je SOCCA n dpt tahu markah, mmg dah meraung sekuat yg boleh, tp dlm ati je. bile kawan tnye mcm mne, just geleng kepala je. tp bile nmpk org lain nangis, air mata ni pun mula la mengalir... huahhhhhhhhh!!!!!!!

walaupun kawan2 semua kte takpe2, takde rezeki, saya tetap nangis. sbbnya bende tu bukan takda rezeki atau lecturer yg kedekut, tp mmg salah diri sendiri yang langsung tak prepare pasal kes tu. mmg salah diri sendiri, bukan salah sesiapa pun. tp x boleh nak sedeh lama sgt cuz esok dh kene remed plak SOCCA ni. tp mlm tu jgn ckp la. nasib x banjir je bilik ni dgr air mata cuz nangis x henti2. tp x de org tau or nmpk coz rumate pun x de kt bilik. dlm hafal2 kes, air mata tetap mengalir. x tau nak adu kat sapa, last mengadu hanya pada-Nya. mintak dikuatkan supaya esok boleh buat dgn baik n supaya lulus yg utk remedial ni. sbb saya tahu mesti ad hikmah disebalik kejadian yang berlaku dan pasti ad sebab ALLAH menguji mahluk-Nya
He created death and life to test which of you
acquitted himself best. He is the Almighty, the Ever-
Forgiving. (Surat al-Mulk: 2)

pagi sblm pergi FK, byk mesej yg masuk dr teman2. berik kata2 semangat n wish gud luck. thnks korang semua!!!!!!!!! akhirnya lps hampir dekat 5 jam menunggu kat A4.2, lepas gak remedial. Alhamdulillah syukur atas pertolongan-Nya, lepas gak saya nye remed SOCCA. mugkin tanpa bantuan drpd kawan2 n ALLAH s.w.t saya mungkin tak dapat buat ngan baik remed tu. tak lupa gak kat doa dr rumah kt M'sia. syukur alhamdulillah...

tp, perjuangan belum selesai...
MDE repro plak esoknya. lps tu smbg lg ngan COMPRE MDE REPRO, BHP n COMPRE, CRP n COMPRE, PHOP n COMPRE dan tidak dilupakan OSCE yg paling last sekali. walaupun masih ad beberapa lg paper yg tinggal, yg biasanya ktorg semua pandan sebelah mata je, tp usaha kene tetap ad. sbbnya tanpa sebarang usaha takkan kejayaan tu kita dapat gapai. Allah juga ad berfirman:
You who believe! Have fear of Allah and seek the
means of drawing near to Him, and strive in His
Way, so that hopefully you will be successful.
(5:35)

dan juga:
It is the believers who are successful. (23:1)

sebab tu kita harus berusaha n meletakkan segalanya yang telah kita usahakan dan percayalah bahawa ALLAH mengetahui setiap ap yang kita kerjakan kerana Dia Maha Mengetahui...

dh byk sgt mengarut ni, study pun x habis lg. x sedar diri lagi tu esok still ad exam. rsenye byk lagi tak baca ni, hehehee... wslm =)

p/s: buat yg terbaik rakan2 semua, masih ad lg beberapa paper yg x habis. GUD LUCK SEMUA!!!! dh usaha dan doa bayk2 bertawakallah kepada-Nya, kerana sesungguhya tiada tempat lain selain drpd ALLAH untuk kita semua berserah.... moga2 doa kita semua dimakbulkan-Nya, AMIN...
 
Copyright 2009 makhluk ciptaan-Nya Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes