RSS
Welcome to my blog:) diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua dan juga diri saya sendiri *peace*

Monday, May 25, 2009

air mata, berhentilah mengalir....


benda ni jadi rasenye hampir 4 hari yg lepas, waktu malam. masa tu saya ad kat dalam bilik, ngah buat case review. sambil2 tu layan internet jap, sempat lagi tu walaupun tgh buat kerja lain hihihihihi. sibuk melayan internet, baca la satu citer kat blog org ni. bace punya baca, tetibe rasa marah sangat2, dan dengan spontannya air mata keluar....

saya cuba nak berhenti drpd menangis sbb nnt malu la kalau orang nampak tetiba je menangis, takde sebab. nak kate ap yag saya baca tu sedih ke, tak pulak rasanye bile saya ulang baca balik lepas tu. air mata mengalir tak henti2, mcm air terjun pun ad saya tgk bila dikenangkan balik benda tu. bukan setakat mengis, tetapi sampai tahap meraung la jugak masa tu. tapi takde org dgr la cuz saya tekap muka dgn bantal. bantal saya jgn cakap la, habis lencun saya kerjakan. lepas dekat 10 minit barulah berhenti. lepas dh rse okay, sya teruskan kerja sya balik. tapi, lepas 15 minit, air mata keluar lagi. huaaaaaaaaa!!!!!!!! ap yg x kene ngan ak ni...

ad la dekat 4 kali kut syaa menangis. hahahahahaaaaa!!!! bila pikir balik mcm kelakar pun ad gak. dah tua2 pun nak menangis. nak kate sedey, tak jugak. mungkin sebab stress kut nak exam x lama lg. ke kepala ak ni dh x betul. ye la kan, tetibe je menangis, tak tentu pasal. lama pulak tu. habis tisu yg baru beli mse tu, drpd sekotak tinggal 3/4 je. the rest dihabiskn buat lap air mata n air hidung, hihihihihi...

satu perangai saya ni, kalu menangis tak suka dpn org lain, even depan mak saya sndr pun jarang menangis dpn dia (except mse kecik2 dulu lar). dn sya mmg jenis yg jarang menangis (dr segi menangis sbb ad bende yg x kene ngan diri sndr la, tp kalu tgk citer sedey laju je air mata ni jalan). dh lepas kali ke-4, saya dh penat. tp nak citer ngan sape sya x tau. nk call kwn2 yg ad kt sini, mcm segan la plak. nak call rumah, takut buat mak risau x penah2 call rumah semata-mata nak menangis. last2 sya call kawan yg ad kt m'sia. mula2 call, saya x ckp ap2 pun. tp dia cam dr suara sy yang sengau semacam tu die teka sya ad nangis ke. ap lagi, keluar balik air mata tu. huaaaaaaaaaaaaaaa, x penah ak nangis dpn dia, tetiba hari ni buat rekod. lepas dia pujuk, baru la reda sket, tmbh lg ngan lawak x bertempat dia tu, sye happy la sket. syukur ad kawan saya tu kalu tak rsenye bleh banjir bilik ak ni ngan air mata!!!!

lps dh tenang sikit, sya buat solat sunat sket n solat hajat. mintak supaya hati ni tenang, jgn kacau bilau, lagi2 dh nak exam x lama lagi, mintak dipermudahkan waktu exam dn mcm biasa mintak diampunkan segala dosa2 saya. then smbung baca quran sket. lpas tu bukak sket buku harun yahya yg saya ad and sya terjumpa la beberapa ayat2 al-Quran yang sesuai sgt dengan keadaan sya waktu tu.

The Unseen of the heavens and the earth belongs to Allah and the
whole affair will be returned to Him. So worship Him and put
your trust in Him. Your Lord is not unaware of what you do.
(Qur'an, 11:123)

That it is He Who brings about both laughter and tears. (Qur'an,
53:43)

My Protector is Allah Who sent down the Book. He takes care of
the righteous.' (Qur'an, 7:196)

dlm ayat2 al-Quran tersebut, dinyatakan bahawa stiap ap yang terjadi pasti akan kembali pada-Nya, dan ALLAH tahu setiap apa yang kita kerjakan. dlm erti kata yang lain, walaupun saya rasa sgt2 sedih mlm tu, saya tau ALLAH mengetahui ap yg terjadi dan saya tau ad hikmahnya kenapa saya rasa sgt sedih mlm tu, dan sesungguhnya letakkanlah kepercayaanmu kepada-Nya, kerana sesungguhnya DIA mengetahui setiap ap yg terjadi. sesungguhnya air mata yang mengalir pda mlm tu dtg tentu daripada-Nya dan Dialah pelindung yang terbaik, Dia yang menguruskan segalanya.

harap sgt jgn la ulang kembali ap yang terjadi mlm tu. bkn ap, sya x suka menangis!!!!!!!!!! mmg bukan hobi sya suka menangis. tp kalu terjadi jugak, nak buat mcm mne. itu adalah kehendak-Nya...

p/s: 1. sori, ni entri mengarut
2. jgn gelak plak bila baca bende ni sbb sya citer pasal saya nangis
3. bukan suka2 nak buka pekung di dada, tp x de tmpt lain nak luahkan, kat sini je yg ad
4. komen la ap yg patut, bg kte2 semangat sket ke ;)

Friday, May 15, 2009

ibu oh ibu...


tanggal 10 Mei 2009...

baru je lepas tarikh keramat ni. nak tau kenapa tarikh ni tarikh keramat? sebab tarikh ni adalah hari di mana seluruh dunia (rasanya) menyambut hari ibu. walaupun dh 5 hari berlalu, saya rase belum terlambat untuk saya mengucapkan HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua ibu-ibu yang ada di seluruh dunia ni!!!!!!!!!! tak kira pa pun panggilan untuk mereka; ibu, mak, emak, mama, mummy atau apa saja, mereka tetap yang TERBAIK.

cakap pasal hari ibu ni, saya teringat la masa saya call ibu saya untuk ucapkan selamat hari ibu. mula-mula, tak tau nak call atau tak ibu saya. sebabnye, tahun-tahun sebelumnya saya wish kat ibu saya sekali dengan wish birthday dia. jd bile nak wish tu tak la terlalu kekok. "kenapa nak kekok?" kawan saya tanya. yela, mesti nampak agak pelik untuk seorang anak kekok untuk mengucapkan selamat hari ibu kat mak dia. tapi tu la yang terjadi kat saya....

kenapa saya kekok? sebabnya, saya memang tak berapa rapat dengan ibu saya. kenapa? saya pun tak tau ap sebab sebenar saya tak berapa rapat dengan ibu saya. orang kate bila x rapat dengan mak, dia akan rapat dengan ayah. dengan ayah saya pun x jugak. dengan dua-dua saya tak berapa rapat. pelik kan. tapi itulah hakikatnya...

sejak kecik, saya dibesarkan oleh kedua makcik saya yang tinggal sekali serumah dengan keluarga saya. ibu dan ayah dua-dua keje. jadi diorg berdua memang jarang la ad kat rumah except weekend. dari kecik saya tidor memang dengan makcik saya. jarang la saya tido dengan mak saya. bila dah besar pula tido kat bilik masing-masing. lepas tu masuk form 1 sampai la form 5 duk boarding school. kat ktt pun duk hostel n jarang balik umah. sampai la skang dah dekat setahun x balik rumah. jadi memang jarang la ad dengan family, tak kira la ayah, ibu atau adik-adik saya.


dulu mmg kurang la rapat dengan ibu. tp bile skang, dah jauh sikit rsenye makin rapat la. tp mungkin tetap serapat mcm org lain. segala masalah atau ap saja yang saya rasa x penah bg tau kat ibu. tak tau la kenapa. lg pun memang tak pernah bagi tau sesapa pun. dh saya ni memang jenis pendiam dalam erti kata lain, jenis yang pendam segala masalah yang terbuku kat hati ni. dulu masa mula masuk asrama banyak sangat masalah. masalah ngan study, dengan kawan2 mcm lagi la. tp setiap kali call rumah, bila ibu tanya ad msalah x, mesti saya jawab takde masalah. padahal masalah yang ada berderet. hurmmmmmmmm...

tp sekarang alhamdulillah, dah ok la. dah boleh la kalau nak borak lama2. kalau dulu, call die tak sampai satu minit pun. just call utk tanya khabar then letak. kelakar kan... setiap kali saya tgk oran lain call mak masing2, lama sangat dia borak. saya pelik sebab saya tak pernah pulak mcm tu. x kisah la kan. yang penting saya tetap sayang ibu saya!!!!!!!

jadi ari tu masa call untuk wish hari ibu, saya amek masa yang agak lama la untuk wish 'selamat hari ibu' kat ibu saya. tu pun saya cakap dengan nada mcm bergurau. tp ibu tetap cakap terima kasih. rasanya die paham kut, sya memang mcm tu. setiap tahun call pun memang saya wish dengan nada yang mcm bergurau. bukan saya bergurau, tapi untuk ckp dengan serius, saya tak mampu. rasa kekok sangat...

tapi walau mcm mana kekok atau tak rapat pun saya dengan ibu, saya tetap menyayangi beliau hinggalah ke akhir hayat saya. tak mungkin dapat saya cari ganti beliau. ibu saya hanya satu, tiada dua.

Ibu, walaupun ibu tak baca ap yg ditulis kat sini, kite tau ibu tetap sayang kat kite dan saya juga sayang ibu sampai bila-bila!!!!

"Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, Kau berkatilah kehidupan mereka Ya Allah. Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Kau sayangi di akhirat kelak. Kau limpahkanlah rezeki dan nikmat-Mu kepada mereka dan jauhilah sebarang bala bencana dari mereka Ya Tuhan. Kau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sedari kecil. Kau peliharalah mereka dari api neraka dan tempatkanlah mereka di dalam syurga nikmat-Mu Ya ALLAH..."


Your Lord has decreed that you should worship none but Him,
and that you should show kindness to your parents. Whether one
or both of them reach old age with you, do not say 'Ugh!' to them
out of irritation and do not be harsh with them but speak to them
with gentleness and generosity. Take them under your wing, out
of mercy, with due humility and say: 'Lord, show mercy to them
as they did in looking after me when I was small.' (Qur'an, 17:23-
24)

p/s: 1. ibu, selamat hari ibu dan happy birthday to you!!!!
2. ibu, saya tetap sayangkan ibu selama-lamanya. sesungguhnya syurga itu di telapak kaki
ibu...
3. sorilah, entri ni hanya untuk meluahkan rasa hati saya. sori panjang sangat
4. kawan2, jangan lupa hari bapa tak lama lagi dan jgn lupa jugak wish kat ayah kita plak
5. exam tak lama lagi, jadi minta lah parents kita untuk mendoakan kejayaan kita dlm exam nnt ok
6. gamba yang ad tu sekadar hiasan. saya tak secomel budak dlm gamba tu n mak saya lagi
lawa drpd yg ad kt dlm gamba tu (hihihihihi)

Tuesday, May 12, 2009

sayangkah aku pada-Nya



waaaaaa!!!! tgk2 dh lme x menulis kt sini. bknnye x de mse, cuma x berkesempatan je (lain ke mksdnye tu?). skang dh pun msuk bulan mei. x smpai sebulan lg dh nk exam!!!!! takutnyeeee!!!! mintak2 la sgt bile exam nnt bleh buat. usaha byk2 dn jgn lupa utk berdoa pada-Nya...

ni nk citer la sket pengalaman saya ari tu. ni ngah jalan nak pegi kelas. jalan punya jalan sye ternampak sahabat saya dari arah yang bertentangan. sye pun tetap meneruskan perjalanan sye. mse nak melintas jalan, sya trus je jalan, tak toleh kiri kanan depan belakang walaupun biasanye saya akan toleh2 dulu baru melintas. bile nak melintas sahabat saya yang dtg dr arah bertentangan ngan saya tu suruh sye berhenti drpd melintas. saya pun x tanye byk n just berhenti. lpas je sye berhenti ad motor yg ditunggang dgn lajunya dtg dr arah belakang saya!!!!!!!! terkejutnya saya waktu tu bukan kepalang. nasib baik la ad sahabat saya tu suruh sya berhenti dr trus melintas jalan tu. kalau tak, rsenye sye mungkin dh masuk hospital or x pun mungkin x akan wujud utk tulis post ni kan. masya-Allah....

lepas tu sye pun ucapkan terima kasih bebanyak kat sahabat sye tu sbb kre mcm dh selamatkan sye drpd kene langgar. syukur Alhamdulullah sbb die ad kt situ utk tolong sya. cbe bayangkan kalau la sahabat saya tu x ada kt situ dn sye pulak x perasan ad motor yg dtg dr arah belakang sye *muke tgh bayangkan*. x tau la ap akan jd kt saya. mungkin dh x de kut... bila pikirkan sye rasa sgt2 bersyukur sbb masih hidup dan x kene langgar. sye rasa mcm sbb ALLAH masih sayangkan saya, sebab tu la DIA kre mcm hantar sahabat saya tu utk elakkan saya drpd kene langgar.

tgk lah betapa ALLAH s.w.t itu menyayangi hamba-hambaNya. ALLAH s.w.t menyayangi semua hamba-Nya. walaupun saya ni byk sgt buat dosa, pahala x byk mne tp sye tetap rasa ALLAH menyayangi saya. kalau x, masakan Dia akan memberi pertolongan mse tu ataupun bile2 mase saja. sesunggunya kasih sayang ALLAH tak ternilai besarnya. betapa banyak nikmat dan kurniaan-Nya yang telah diberikan kepada kita, hamba-Nya.

kemudian, sya pikir. kalau betapa besarnya kasih sayang Allah pada saya, bagaimana pula dengan sayangnya aku pada-Nya? adakah besar atau kecil? itulah persoalan yang sentiasa bermain di minda saya sejak akhir-akhir ni. sayangkah aku pada-Nya?

saya mungkin x tahu besar mne sayangnya saya pada-Nya. tapi saya pasti dengan satu perkara, ALLAH swt menyayangi hamba-Nya yang percaya kepada-Nya kerana saya tau tanpa-Nya atau tanpa pertolongan dan kasih sayang-Nya saya mungkin x mampu untuk berpijak di muka Bumi yang telah diciptakan-Nya ini. tanpa rahmat-Nya saya x mungkin dilahirkan didalam keluarga Islam dan sekaligus mengenali betapa ISLAM itu sebuah agama yang syumul sejak kecil. sering doa-doa yang saya titipkan adalah untuk mendapat keredhaan-Nya sepanjang saya diberikan nyawa untuk meneruskan hidup ini.

Ya ALLAH, hamba-Mu ini sering melakukan dosa ya ALLAH. hamba-Mu ini sering meninggalkan suruhan-Mu. ampunilah dosa-dosaku ya Tuhan yang Maha Pengampun segala dosa-dosa. Ya Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, kau berkatilah kehidupan ku ini. Kau kurniakanlah hidayah-Mu supaya aku dapat lebih menyayangi-Mu, agar aku sentiasa berada di jalan yang benar, supaya aku tidak akan sesekali berpaling dari-Mu. Ya Allah, kau redhailah kehidupanku ini ya Tuhan...

jadi, selepas ni saya kenelah memperbanyak amalan dan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. sesungguhnya kasih sayang ALLAH itu terlalu besar dan kurniaan-Nya tak terkira banyaknya...

Their Messengers said to them, 'We are nothing but human beings
like yourselves. But Allah shows favour to any of His servants He
wills. It is not for us to bring you an authority except by Allah's
permission. So let the believers put their trust in Allah. (Qur'an,
14:11)

He has given you everything you have asked Him for. If you tried
to number Allah's blessings, you could never count them. Man is
indeed wrongdoing, ungrateful. (Qur'an, 14:34)


p/s: pengajaran yang patut diambil

1. lain kali kalau nak melintas tengok la dulu kiri, kanan, depan dan belakang anda. maklumla jalan kat sini bahaya sikit. hehehehehe... jgn jd mcm saya, sikit je lagi nak kene langgar.

2. sentiasa la mintak supaya kita ni sentiasa di jalan yang benar dan tidak akan berpaling dari jalan ini dan sentiasa ingat ALLAH lebih menyayangi hamba-Nya yang percaya

3. sebenarnya post ni pelik sikit sbb ap yg ditulis lain sikit dr ap yang ad dalam kepala... maklumla dh lame x menulis mungkin sbb tu x dpt cari ayat yg sesuai sebab tu ayat2 yang ad mungkin pelik sikit... sori la kalu x paham

4. gud luck pada semua yang nak exam. mohon la pada-Nya supaya hati dapat ditenangkan dan segala pekerjaan kita dipermudahkan, terutamanya waktu nak jawab exam... AMINNN...

 
Copyright 2009 makhluk ciptaan-Nya Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes