RSS
Welcome to my blog:) diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua dan juga diri saya sendiri *peace*

Friday, December 18, 2009

새해 복 많이 받으세요! (selamat menyambut tahun baru)

Selamat menyambut tahun baru semua!!!!!!!! Salam maal hijrah 1431H!!!!!!

wah tak sangka btol, kita semua dah pun masuk tahun baru iait 1431H. rasa mcm baru je masuk 1430H. tapi siapa sangka dah sethun pun berlalu. dan siapa sangka sekarang saya dah di tahun kedua sebagai seorang pelajar medik. banyak suka dan duka yang saya dapat kat sini. dan tak kurang juga banyak ilmu pengetahuan yang saya dapat kat sini, tak kira la pasal medik, pasal agama dan juga yang paling penting pasal kehidupan di atas muka bumi Tuhan ni. 

siapa sangka saya yang dulunya hampir2 tak dapat fly (disebabkan kemalasan sendiri) akhirnya sekarang dah di tahun kedua. daripada cuma kenal beberapa orang kawan, sekarang makin bertambah kawan2 saya. kalau dulu x kenal senior2 UNPAD, sekarang dah pun kenal diorang. kalau dulu saya hanya seorang junior, sekarang saya masih lagi seorang junior dan juga seorang senior, hehehee. kalau dulu x pernah buat program yang agak besar, sekarang dah pun pernah buat dan ini semuanya thanks to my beloved seniors in PDI KUBI. dan kalau dulu rasa baru je masuk PDI, sekarang dah pun nak habis kerja n gan PDI. mesti rindu sangat bile PDI 07/09 dah habis *sob sob*

tapi saya akan amik semua tu sebagai pengajaran untuk saya teruskan kehidupan saya sebagai seorang pelajar medik yang lebih bagus dan juga tak lupa digunakan untuk memperbaiki diri dan dalam usaha menjadi hamba Allah s.w.t yang sejati, menjadi seorang sahabat yang lebih baik dari sebelumnya, menjadi seorang anak yang sentiasa taat kepada ibu dan ayah saya, dan juga menjadi seorang muslimah dan mukmin yang sejati dan sentiasa diredhai ALLAH, insya-Allah AMINNNN (ni azam tahun baru saya*peace*)


tapi dalam untuk menjadi seorang hamba Allah yang sejati bukan satu prkara yang senang. banyak persoalan yang sering kita tanyakan untuk mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t. saya ambil sedikit dari buku Quick Grasp of Faith karya salah seorang penulis favourite saya Harun Yahya.

soalan pertama: How do we realize the existence of Allah?

We realize the existence of Allah from the perfect systems He created and the awesome qualities of living or non-living entities. This perfection is highlighted in the Quran:
~ He created the seven heavens one above the other. You will not find any flaw in the creation of the All-Merciful. Look againÐdo you see any gaps? Then look again and again. Your eyes will become dazzled and exhausted! (Surat al-Mulk: 3-4) ~

soalan kedua: How do we know Allah?

He is Allah-there is no god but Him. He is the Knower of the Unseen and the Visible. He is the Compassionate and Most Merciful. He is Allah-there is no god but Him. He is the King, the Most Pure, the Perfect Giver of Peace, the Trustworthy, the Safeguarder, the Almighty, the Compeller, the Supremely Great. May Allah be exalted above all they associate with Him. He
is Allah Ð the Creator, the Maker, the Giver of Form. To Him belong the Most Beautiful Names. Everything in the heavens and earth glorifies Him. He is the Almighty, the All-Wise. (Surat al-Hashr: 22-24)

soalan ketiga (soalan favourite saya): What is the purpose of our creation?

Allah tells us the purpose for our creation as follows:
~ I only created jinn and man to worship Me. (Surat adh-Dhariyat: 56) ~
As stated in this verse, the purpose of manÕs existence on Earth is his being just a servant of Allah, worshipping Him and gaining His approval. Man is tested on this subject as long as he is on this Earth.

soalan kelima (juga soalan favourite saya): How are we to be servants of Allah?

To be a servant of Allah means leading one's whole life for the purpose of gaining Allah's pleasure and approval. It means trying to carry out all actions in the best possible manner so as to gain Allah's approval, fearing Allah alone and orienting all one's ideas, words, and deeds to this purpose. Allah has brought it to our attention in the Quran that being a servant to Him covers the whole life of the individual:
~ Say: 'My salat (prayers) and my devotions, my living and my dying, are for Allah alone, the Lord of all the worlds.' (Surat al-AnÕam: 162) ~


4 soalan ni cume skit je. banyak lagi persoalan2 yang sering kita tnyakan dan saya ras buku nidapat menjawab persoalan2 kita smua. nak dapatkn buku ni senang je, just search kat Google untuk Harun Yahya dan download je dari website die, free of charge. memang die bagi gunakan buku2 karya die. banyak lagi buku2 yang menarik kat website die. rajin2kan diri untuk baca kalau takde pape nak baca kan. tapi jangan sekadar baca je, kena juga hayati isi kandungan dan cuba untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. saya pun tengah berusaha untuk melakukannya dan harap saya boleh, insya-Allah.

rasanya takde ap2 lagi nak tulis. skang kene smbung studi. banyak lagi tak baca, lagi2 NBSS ni. harap boleh buat yang terbaik untuk exam kali ni. doakan saya ye untuk exam kali ni semoga lebig bagus dr yg dulu2, AMINNNN. dan doakan saya juga supaya azam tahun baru saya kali ni dapat dilakukan dan semoga kita semua sentiasa dibawah keredhaan-Nya, AMIN

*Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan. Semata-mata*

Saturday, November 7, 2009

오랜만이야

tertanya2 ap tajuk yg saya letak tu? tu sbnrnye dlm bahasa korea. maksudnye 'dah lama btul'. mksd saya dh lama btol blog saya ni dibiarkan sepi mcm tu je. dh lme tak menulis post baru. bkn x nak menulis, tapi sejak akhir2 ni idea mmg kering sgt. mungkin sebab terlalu sibuk ngan study, yelah dari endocrine & metabolism system masuk plak neurobehaviour & special senses system. belajar neuro 2 minggu, patah balik untuk exam endocrine. kejam btol la FK ni buat mcm tu.

cakap pasal study, ari khamis yg lps ni, selesai sudah MDE exam untuk endocrine system. syukur alhamdulillah sbb dpt gak buat, sbb soklan majoriti past years Qs. tp paling ak boleh tahan, exam PHOP. keluar je hall exam semua mengeluh, PHOP susah. tula, bile lecturer bagi kuliah kitorg ni mmg jarang bagi tumpuan. yelah, tajuk public health la katakan. nmpak mcm senang. sekali bile exam, habis. tu termasuk la saya skali. jd lepas ni INGAT, bile lecture PHOP concentrate!!!

jd, ap sbnrnye tujuan menulis post ni? sya pun tak tau. tp yg pertama skali, mcm biasa saya ak kongsi sedikit petikan dari novel yg nak kata baru habiskan baca tu tak jugak, tapi sye x pernah kongsi lagi bende ni. sedikit petikan dari novel Bintang-bintang ke Syurga karya Xarine:

"Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' (bertasbih) ke hadrat Tuhan mereka. Sedikit pun hukum qadar yang ada di dalam roh mereka tidak dilanggar. Itu hukum semesta alam. Maka lihatlah ke dalam hati kita, ada hukum yang telah ditiupkan. Hukum yang sama dan serupa. Patuhilah bisikan hati itu. Nescaya kita akan peroleh bahagia."

best tak petikan ayat tu? pada saya best. novel ni antara novel yang paling saya suka. sebab jarang nak baca novel tentang cinta yang dilihat dari mata pandang seorang lelaki. penulis buku ni lelaki tau, walaupun nama pena die Xarine. macam yg saya pernah cakap pasal lagi satu novel tentang cinta, tapi dari sudut pandang seorang lelaki gak; Bohemian oleh Imaen. tapi gaya penulisan Xarine sangat berbeza ngan Imaen. kalau baca buku Imaen, dia akan ada unsur thriller sikit2. tapi buku Xarine ni memang sepenuhnya tentang cinta, tetapi di atas cara yang betul. sesapa yang rajin, cubala review sikit pasal buku ni. memang best!!!

tapi saya tak nak cakap pasal cinta ni lagi. dh dua post asyik bende yg sama. jadi kali ni lain sikit. kalau post saya yang sebelum ni pasal SAHABAT, tapi saya cuma letak gambar kawan2 yang sebaya saya je. jadi, kali ni saya nak tambah sikit gambar2, tapi bukan yang satu batch ngan saya, tapi senior2 saya (ad sikit je la tapinya)


gamba lain akan menyusul tak lama lagi :)


p/s: sbnrnye post ni dh lme dibiarkan jd draf, bru t'igt nak post ari ni.... kerje makin banyak.... skang sibuk ngan BPM plak... harap dapat bleh buat yg terbaik dan moga2 keredhaan Allah sentiasa ada ngan saya insya-Allah, AMINNNN *peace*


Thursday, September 10, 2009

sahabat

skang ni ngah nak habiskan novel yg beli masa balik ari tu. tajuk die Bintang-bintang ke Syurga oleh Xarine. penulis ni lelaki kalau tak silap. lagipun citer ni tentang:

"... berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi"

tapi, saya bukan nak citer pasal buku ni. kalau nak tahu lebih lanjut pasal buku ni, kene la baca. ap yang saya nak cakap kat sini adalah pasal satu quote yang ad kt dlm buku ni, pasal sahabat.

"rakan taulan umpama bintang-bintang,
meskipun tidak kelihatan ketika riangku di siang hari,
bintang-bintang itu tetaplah di sana,

apabila musibah gelap menimpa diri,
bintang-bintang itu bercahaya menampakkan diri,
tersenyum ke arahku mendoakan siang segera kembali."


rasanye boleh paham ap yg ad disebalik kata-kata ni. kita mungkin tak nampak kawan2 kite sekarang, tapi diorang sentiasa ad seperti bintang2 yang xde waktu siang tapi bila kita susah, mereka datang mcm bintang2 yang akan kelihatan pada waktu malam. kawan2 yang ada kat sekeliling kita, kita kene hargai diorang. kita ni x mungkin mampu nak hidup sorang2 kat dunia ni tanpa bantuan orang lain kan.

rasanya nak cakap tu je. xde idea sangat nak tulis ap. tapi sebab terbaca kata2 tu, tu yang tergerak nak menulis. senang kata, kawan2 yang kita ada, hargai diorang sepenuhnya. buat kawan2 saya semua, saya SAYANG korang semua!!!!!!!!!! korang semua sangat2 penting dalam hidup saya, tak kira kawan2 saya yang kat mana sekarang ni sama ada kt UNPAD ni ataupun kawan2 sekolah dulu yang sekarang dah berterabur kat seluruh dunia...

terma kasih kat korang semua sebab sentiasa tahan dengan saya yang tak berapa nak dewasa ni... heheheh :) PEACE

Friday, September 4, 2009

dah lama betul!!!!


bismillahirrahmanirrahim...

dah lama btol tak buat post bru kat blog ni. ad la gak rsenye dalam sebulan lebih sikit. sedar tak sedar cuti dah lame habis and i'm back into this hectic and crazy life. baru first day terus je masuk tutorial, masuk sistem baru; endocrine and metabolism system. dah la mmg tak study paper lagi, mmg blur habis la masa kelas tu. hmmmmmmm...

cakap pasal cuti yg baru je habis ni, mse balik tu berkesempatan la nak menghabiskan bebrapa novel yang dah lama tak dihabiskan. banyak2 novel yang sempat dibaca, paling suka novel Bohemian karya abang Imaen. mula2 masa baca buku tu, memang tak paham sangat. pernah baca karya dia yang sebelum ni, tp yg tu agak bleh paham la mse mule2 bace. tp yang ni mmg x berapa nak paham sangat. dulu, sebelum fly ada baca sikit. ingatkan nak teruskan dari situ je baca. tapi, tak bleh n terpakasa la start balik semula. agak lambat nak habiskan buku ni sebab penuh dengan ayat2 yang berunsur falsafah tentang cinta.

citer ni kiranye pasal kisah percintaan antara fadlan dan nadira. dua watak ni memang cukup berbeza. kalau biasa kita baca novel cinta, watak perempuan biasanya miskin dan yang lelaki plak kaya raya. tapi, lain dalam kisah antara fadlan dan nadira ni. dua orang yang cukup berbeza. saya petik sikit ayat daripada buku ni, 

"aku, pemain muzik jalanan, melayari malaysiakini.com, merambu-rambu cari duit, pakai seluar jeans koyak tampal lutut, berambut panjang. dia, seorang lawyer, baca Bussiness Time, gaji beribu-ribu, pakai skirt ketat paras lutut, berambut copper blode celup"

ayat yang saya tulis kat atas ni ada kat sinopsis buku ni. dan sebab ayat2 tu la saya tertarik untuk beli buku ni. dari situ kita boleh nampak betapa berbezanya dua orang watak utama cerita ni. dan yang paling saya nak tahu adalah mcm mana dua orang yang cukup berbeza ni boleh jatuh cinta. sound like typical love story kan? tapi pada saya, buku ni berbeza. bukan sekadar cinta, tetapi diselitkan juga macam mana sifat tamak dan terlalu mementingkan kekayaan tu akan membawa padah pada diri sendiri.

yang paling saya suka pasal buku ni adalah mcm mne fadlan, seorang busker yang sebenarnya berkelulusan seorang jurutera dari UM yang kalau kita tgk sekali pandang mmg takkan pandang lagi la sebab dgn rambut panjang die, dengan baju n jeans yg dh lusuh, pakai plak cermin mata mcm john lennon dan nadira yang rsenye mmg bukan perempuan melayu terakhir boleh jatuh cinta. tapi, proses tu lain sikit dan banyak2 ayat dalam buku ni, saya pali suka beberapa ayat ni.

"cinta itu bukan keindahan. cinta itu bukan pelangi. cinta itu bukan kesakitan. cinta bukan itu semua. cinta itu ialah mabuk dengan sedar. kata para sufi, cinta itu kemanisan yang membingungkan. mereka kaum sufi, berbicara tentang definisi cinta dan semua orang berhak punya tafsiran sendiri. kerana perkataan 'cinta' itu sendiri lautan dakwat pun tidak mampu menghuraikannya. sejuta kalam tidak mampu menulisnya. kita wujud kerana cinta. kita hidup kerana cinta. dan kita mati seharusnya kerana cinta. tentunya kepada Tuhan yang satu.

Orang berfalsafah tentang cinta. Kata mereka cinta itu sendiri mengakhiri perpisahan hingga si pencinta selalu bersama dengan kekasihnya. Kata Nabi SAW ketika ditanya tentang cinta oleh Abu Musa al-Asyari, menjawab bahawa cinta ialah seseorang bersama dengan yang dicintaainya."

best kan ayat2 ni. saya mmg suka sgt2. dan ni adalah doa fadlan bila dia mula rasa yang dia dah mula jatuh cinta pada nadira:

"Tuhan, ampuni aku cuba ‘menyekutui’ dalam rinduku kepada-Mu. Aku manusia yang kau anugerahkan rasa ini. Hatiku milik-Mu. Perjalananku keseluruhannya menurut ketentuan-Mu. Kekalkan rasa yang Kau campak dalam hati ini, kalau tidak mengganggu cintaku kepada-Mu, membawa kebaikan kepada dunia dan akhiratku. Dan temukan semula aku dengannya. Tapi cabutlah rasa ini dari sanubari ini, kalau nanti mengganggu rinduku kepada-Mu, membawa keburukan kepada dunia dan akhiratku. Dan jauhkan aku daripadanya. Aku mohon damaikanlah hati ini!"

kalau diperhatikan betul2, fadlan meletakkan rasa cinta yang die ada pada nadira sebagai satu kurniaan daripada Allah,dan dia sedar tanpa kurniaan yang diberikan, tak mungkin dapa mencintai nadira. tap, dalam mempunyai perasaan cinta pada nadira, fadlan masih sedar bahawa cinta pada yang Maha Agung itu lebih penting daripada apa yang dia rasa terhadap nadira.

post saya yg sebelum ni pun ada menyentuh pasal CINTA ni. jadi bila balik dan baca plak buku ni, rasa macam kebetulan betul yang saya baru je buat post pasal tu dan saya baca plak buku yang lebih kurang isinya dengan post saya yang sebelum ni. memang tak sangka masa tu. jadi, apa yang saya nak cakap sebenarnya ialah, kita patut mencontohi fadlan. walaupun waak ni cuma watak dalam novel, bukan orang hidup tapi rasanya tak salah kalau kita ambil contoh kan. senang kata tepuk dada, tanya selera!

p/s: sesungguhnya, cinta kepada-Nya yang lebih utama!

 
Copyright 2009 makhluk ciptaan-Nya Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes