Thursday, September 10, 2009
sahabat
"... berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi"
tapi, saya bukan nak citer pasal buku ni. kalau nak tahu lebih lanjut pasal buku ni, kene la baca. ap yang saya nak cakap kat sini adalah pasal satu quote yang ad kt dlm buku ni, pasal sahabat.
"rakan taulan umpama bintang-bintang,
meskipun tidak kelihatan ketika riangku di siang hari,
bintang-bintang itu tetaplah di sana,
apabila musibah gelap menimpa diri,
bintang-bintang itu bercahaya menampakkan diri,
tersenyum ke arahku mendoakan siang segera kembali."
rasanye boleh paham ap yg ad disebalik kata-kata ni. kita mungkin tak nampak kawan2 kite sekarang, tapi diorang sentiasa ad seperti bintang2 yang xde waktu siang tapi bila kita susah, mereka datang mcm bintang2 yang akan kelihatan pada waktu malam. kawan2 yang ada kat sekeliling kita, kita kene hargai diorang. kita ni x mungkin mampu nak hidup sorang2 kat dunia ni tanpa bantuan orang lain kan.
rasanya nak cakap tu je. xde idea sangat nak tulis ap. tapi sebab terbaca kata2 tu, tu yang tergerak nak menulis. senang kata, kawan2 yang kita ada, hargai diorang sepenuhnya. buat kawan2 saya semua, saya SAYANG korang semua!!!!!!!!!! korang semua sangat2 penting dalam hidup saya, tak kira kawan2 saya yang kat mana sekarang ni sama ada kt UNPAD ni ataupun kawan2 sekolah dulu yang sekarang dah berterabur kat seluruh dunia...
terma kasih kat korang semua sebab sentiasa tahan dengan saya yang tak berapa nak dewasa ni... heheheh :) PEACE
Friday, September 4, 2009
dah lama betul!!!!
bismillahirrahmanirrahim...
dah lama btol tak buat post bru kat blog ni. ad la gak rsenye dalam sebulan lebih sikit. sedar tak sedar cuti dah lame habis and i'm back into this hectic and crazy life. baru first day terus je masuk tutorial, masuk sistem baru; endocrine and metabolism system. dah la mmg tak study paper lagi, mmg blur habis la masa kelas tu. hmmmmmmm...
cakap pasal cuti yg baru je habis ni, mse balik tu berkesempatan la nak menghabiskan bebrapa novel yang dah lama tak dihabiskan. banyak2 novel yang sempat dibaca, paling suka novel Bohemian karya abang Imaen. mula2 masa baca buku tu, memang tak paham sangat. pernah baca karya dia yang sebelum ni, tp yg tu agak bleh paham la mse mule2 bace. tp yang ni mmg x berapa nak paham sangat. dulu, sebelum fly ada baca sikit. ingatkan nak teruskan dari situ je baca. tapi, tak bleh n terpakasa la start balik semula. agak lambat nak habiskan buku ni sebab penuh dengan ayat2 yang berunsur falsafah tentang cinta.
citer ni kiranye pasal kisah percintaan antara fadlan dan nadira. dua watak ni memang cukup berbeza. kalau biasa kita baca novel cinta, watak perempuan biasanya miskin dan yang lelaki plak kaya raya. tapi, lain dalam kisah antara fadlan dan nadira ni. dua orang yang cukup berbeza. saya petik sikit ayat daripada buku ni,
"aku, pemain muzik jalanan, melayari malaysiakini.com, merambu-rambu cari duit, pakai seluar jeans koyak tampal lutut, berambut panjang. dia, seorang lawyer, baca Bussiness Time, gaji beribu-ribu, pakai skirt ketat paras lutut, berambut copper blode celup"
ayat yang saya tulis kat atas ni ada kat sinopsis buku ni. dan sebab ayat2 tu la saya tertarik untuk beli buku ni. dari situ kita boleh nampak betapa berbezanya dua orang watak utama cerita ni. dan yang paling saya nak tahu adalah mcm mana dua orang yang cukup berbeza ni boleh jatuh cinta. sound like typical love story kan? tapi pada saya, buku ni berbeza. bukan sekadar cinta, tetapi diselitkan juga macam mana sifat tamak dan terlalu mementingkan kekayaan tu akan membawa padah pada diri sendiri.
yang paling saya suka pasal buku ni adalah mcm mne fadlan, seorang busker yang sebenarnya berkelulusan seorang jurutera dari UM yang kalau kita tgk sekali pandang mmg takkan pandang lagi la sebab dgn rambut panjang die, dengan baju n jeans yg dh lusuh, pakai plak cermin mata mcm john lennon dan nadira yang rsenye mmg bukan perempuan melayu terakhir boleh jatuh cinta. tapi, proses tu lain sikit dan banyak2 ayat dalam buku ni, saya pali suka beberapa ayat ni.
"cinta itu bukan keindahan. cinta itu bukan pelangi. cinta itu bukan kesakitan. cinta bukan itu semua. cinta itu ialah mabuk dengan sedar. kata para sufi, cinta itu kemanisan yang membingungkan. mereka kaum sufi, berbicara tentang definisi cinta dan semua orang berhak punya tafsiran sendiri. kerana perkataan 'cinta' itu sendiri lautan dakwat pun tidak mampu menghuraikannya. sejuta kalam tidak mampu menulisnya. kita wujud kerana cinta. kita hidup kerana cinta. dan kita mati seharusnya kerana cinta. tentunya kepada Tuhan yang satu.
Orang berfalsafah tentang cinta. Kata mereka cinta itu sendiri mengakhiri perpisahan hingga si pencinta selalu bersama dengan kekasihnya. Kata Nabi SAW ketika ditanya tentang cinta oleh Abu Musa al-Asyari, menjawab bahawa cinta ialah seseorang bersama dengan yang dicintaainya."
best kan ayat2 ni. saya mmg suka sgt2. dan ni adalah doa fadlan bila dia mula rasa yang dia dah mula jatuh cinta pada nadira:
"Tuhan, ampuni aku
kalau diperhatikan betul2, fadlan meletakkan rasa cinta yang die ada pada nadira sebagai satu kurniaan daripada Allah,dan dia sedar tanpa kurniaan yang diberikan, tak mungkin dapa mencintai nadira. tap, dalam mempunyai perasaan cinta pada nadira, fadlan masih sedar bahawa cinta pada yang Maha Agung itu lebih penting daripada apa yang dia rasa terhadap nadira.
post saya yg sebelum ni pun ada menyentuh pasal CINTA ni. jadi bila balik dan baca plak buku ni, rasa macam kebetulan betul yang saya baru je buat post pasal tu dan saya baca plak buku yang lebih kurang isinya dengan post saya yang sebelum ni. memang tak sangka masa tu. jadi, apa yang saya nak cakap sebenarnya ialah, kita patut mencontohi fadlan. walaupun waak ni cuma watak dalam novel, bukan orang hidup tapi rasanya tak salah kalau kita ambil contoh kan. senang kata tepuk dada, tanya selera!
p/s: sesungguhnya, cinta kepada-Nya yang lebih utama!