RSS
Welcome to my blog:) diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua dan juga diri saya sendiri *peace*

Monday, January 4, 2010

kalau dulu 2009, sekarang dah pun masuk 2010.... jadi????

bunyi macam pelik je tajuk post kali ni kan? (saya pun rasa mcm tu)... 

tapi itula apa yang saya rasa. sekarang dah pun 4 Januari 2010. dah pun masuk tahun baru... tapi saya rasa mcm sama je. takda apa2 pun yang berubah... saya masih lagi tahun kedua kat FK UNPAD ni... saya masih lagi stuck ngan studi NBSS... takde apa2 yang berubah

kalau zaman sekolah mungkin terasa bila masuk tahun baru sebab kalau sebelumnya Form 4, bila tahun baru dah masuk Form 5, dah jadi senior, dah nak SPM... tapi bile dah kat universiti ni, bile masuk tahun baru, macam takde apa2 yang berlaku kecuali dah tahun 2010, bukan lagi tahun 2009. itu hakikat yang sebenar. bukan saya je yang rasa mcm tu, kawan2 saya pun cakap mcm tu. 

kalau kat kawasan kost saya ni, masa malam tahun baru, saya ada dengar orang main mercun dekat2 sini. tapi waktu tu saya dah pun ada kat atas katil nak tidur ^_^

kenapa beria-ia sangat nak sambut tahun baru masihi ni??? saya sering tertanya-tanya... kalau kat bale dulu, masa malam tahun baru, budak2 indonesia pun semangat sambut tahun baru... ish ish ish... tak paham den

tapi tak kisah la kan apa orang nak buat... orang kata bile tahun baru kene azam baru... jadi kene azam baru ke???

tapi rasanye semua dah untuk azam tahun baru hijriah hari tu... jadi, apa yang saya nak tulis sebenarnya kat sini????

kat sini, nak quote sikit dari novel Rooftop Rant karya one of my favourite author, Hlovate..

"Hidup tak selalunya lawa... Tak selalunya ada pelangi... Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada... Kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' tu datang, terasa macam kene gelek ke bumi dek ahli sumo... Rasa macam dah tak mampu bangkit... Rasa macam dah tak mampu hela nafas..."

novel ni menceritakan kisah Trisy dengan Jade, dua watak utama yang boleh dikatakan kawan baik, yang pertemuan pertama diorang kat rooftop Wisma Topaz... yang seterusnya jadi tempat diorang ranting sama2... diorang punye cerita sama, tapi tak serupa... bak kata Jade "we're in the same boat, though different cabin" dan mcm mana mereka berdua berusaha untuk ubah diri masing-masing dan jadi hamba Allah yang lebih baik...

suka sangat baca buku ni bile terasa hidup ni susah sangat... bile baca novel ni, terasa sangat bersyukur ngan apa yang saya ada sekarang... rasa sbrnye ada ramai lagi orang kat luar sana kehidupan diorang jauh lagi susah, bukan setakan term of money, tapi benda2 yang lain especially family... rasa bersyukur sangat sebab at least ibu ngan ayah tak pernah terpekik terlolong bergaduh kat rumah mcm parents Trisy, ibu ngan ayah tak penah pilih kasih ngan kitorg mcm parents Jade and tak pernah rasa betapa kehidupan terlalu susah sampai rasa nak bunuh diri mcm ap yg Trisy penah buat...

tapi pasti setiap kehidupan mesti ada ujian dan cabaran yang Allah bagi... mcm saya, tak lama lagi saya nak exam final semester... exam yang ad MDE, SOOCA, OSCE n compre... exam yang paling menakutkan ditambah lagi ngan jadual exam yang sangat pack... tapi saya tahu, kalau saya terus usaha, Allah pasti akan tolong saya sebab Allah s.w.t sentiasa ada untuk hamba2-Nya...

"When you think there is no one to turn to. Remember, Allah s.w.t is always there for you"

mcm yang kita semua tahu, Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

tapi, sungguh memang banyak ujian yang Allah bagi kat saya sekarang... kalau tengah studi, tetiba kepala sakit... sakit yang teramat sampai tak tahu nak describe mcm mana sakitnya sebab Allah je yang tahu betapa sakitnya bila dia dtg menyerang... kalau tak kepala, perut pulak sakit yang sampai kaki cramp tak boleh bergerak, tak boleh berdiri sebab sakit dari perut tu menjalar sampai ke kaki dan terpaksa duduk diam dekat 15 minit untuk sakit tu hilang dan akan datang balik setiap 30 minit sampai studi pun tergendala... kawan2 sampai bising bila tengok saya, kenapa saya ni selalu sangat sakit... kalau dulu nak demam pun susah, sekarang mcm penyakit saya dapat...

tapi, ini mungkin Allah nak uji saya sejauh mana saya boleh bertahan... mungkin nanti akan ada hikmah disebaliknya, insya-Allah... sebab DIA Tuhan yang Maha Mengetahui setiap ap yang berlaku kat atas muka bumi ni...

jadi, minggu depan saya nak exam... doakan saya dan sahabat2 saya dapat buat yang terbaik dan harap2 saya boleh berusaha betul2 untuk exam ni sebab mcm Jade kata "To live well or live hell, we choose"

Setiap takdir yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik untuk setiap insan... Have faith - Hlovate


*Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan. Semata-mata*

Friday, December 18, 2009

새해 복 많이 받으세요! (selamat menyambut tahun baru)

Selamat menyambut tahun baru semua!!!!!!!! Salam maal hijrah 1431H!!!!!!

wah tak sangka btol, kita semua dah pun masuk tahun baru iait 1431H. rasa mcm baru je masuk 1430H. tapi siapa sangka dah sethun pun berlalu. dan siapa sangka sekarang saya dah di tahun kedua sebagai seorang pelajar medik. banyak suka dan duka yang saya dapat kat sini. dan tak kurang juga banyak ilmu pengetahuan yang saya dapat kat sini, tak kira la pasal medik, pasal agama dan juga yang paling penting pasal kehidupan di atas muka bumi Tuhan ni. 

siapa sangka saya yang dulunya hampir2 tak dapat fly (disebabkan kemalasan sendiri) akhirnya sekarang dah di tahun kedua. daripada cuma kenal beberapa orang kawan, sekarang makin bertambah kawan2 saya. kalau dulu x kenal senior2 UNPAD, sekarang dah pun kenal diorang. kalau dulu saya hanya seorang junior, sekarang saya masih lagi seorang junior dan juga seorang senior, hehehee. kalau dulu x pernah buat program yang agak besar, sekarang dah pun pernah buat dan ini semuanya thanks to my beloved seniors in PDI KUBI. dan kalau dulu rasa baru je masuk PDI, sekarang dah pun nak habis kerja n gan PDI. mesti rindu sangat bile PDI 07/09 dah habis *sob sob*

tapi saya akan amik semua tu sebagai pengajaran untuk saya teruskan kehidupan saya sebagai seorang pelajar medik yang lebih bagus dan juga tak lupa digunakan untuk memperbaiki diri dan dalam usaha menjadi hamba Allah s.w.t yang sejati, menjadi seorang sahabat yang lebih baik dari sebelumnya, menjadi seorang anak yang sentiasa taat kepada ibu dan ayah saya, dan juga menjadi seorang muslimah dan mukmin yang sejati dan sentiasa diredhai ALLAH, insya-Allah AMINNNN (ni azam tahun baru saya*peace*)


tapi dalam untuk menjadi seorang hamba Allah yang sejati bukan satu prkara yang senang. banyak persoalan yang sering kita tanyakan untuk mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t. saya ambil sedikit dari buku Quick Grasp of Faith karya salah seorang penulis favourite saya Harun Yahya.

soalan pertama: How do we realize the existence of Allah?

We realize the existence of Allah from the perfect systems He created and the awesome qualities of living or non-living entities. This perfection is highlighted in the Quran:
~ He created the seven heavens one above the other. You will not find any flaw in the creation of the All-Merciful. Look againÐdo you see any gaps? Then look again and again. Your eyes will become dazzled and exhausted! (Surat al-Mulk: 3-4) ~

soalan kedua: How do we know Allah?

He is Allah-there is no god but Him. He is the Knower of the Unseen and the Visible. He is the Compassionate and Most Merciful. He is Allah-there is no god but Him. He is the King, the Most Pure, the Perfect Giver of Peace, the Trustworthy, the Safeguarder, the Almighty, the Compeller, the Supremely Great. May Allah be exalted above all they associate with Him. He
is Allah Ð the Creator, the Maker, the Giver of Form. To Him belong the Most Beautiful Names. Everything in the heavens and earth glorifies Him. He is the Almighty, the All-Wise. (Surat al-Hashr: 22-24)

soalan ketiga (soalan favourite saya): What is the purpose of our creation?

Allah tells us the purpose for our creation as follows:
~ I only created jinn and man to worship Me. (Surat adh-Dhariyat: 56) ~
As stated in this verse, the purpose of manÕs existence on Earth is his being just a servant of Allah, worshipping Him and gaining His approval. Man is tested on this subject as long as he is on this Earth.

soalan kelima (juga soalan favourite saya): How are we to be servants of Allah?

To be a servant of Allah means leading one's whole life for the purpose of gaining Allah's pleasure and approval. It means trying to carry out all actions in the best possible manner so as to gain Allah's approval, fearing Allah alone and orienting all one's ideas, words, and deeds to this purpose. Allah has brought it to our attention in the Quran that being a servant to Him covers the whole life of the individual:
~ Say: 'My salat (prayers) and my devotions, my living and my dying, are for Allah alone, the Lord of all the worlds.' (Surat al-AnÕam: 162) ~


4 soalan ni cume skit je. banyak lagi persoalan2 yang sering kita tnyakan dan saya ras buku nidapat menjawab persoalan2 kita smua. nak dapatkn buku ni senang je, just search kat Google untuk Harun Yahya dan download je dari website die, free of charge. memang die bagi gunakan buku2 karya die. banyak lagi buku2 yang menarik kat website die. rajin2kan diri untuk baca kalau takde pape nak baca kan. tapi jangan sekadar baca je, kena juga hayati isi kandungan dan cuba untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. saya pun tengah berusaha untuk melakukannya dan harap saya boleh, insya-Allah.

rasanya takde ap2 lagi nak tulis. skang kene smbung studi. banyak lagi tak baca, lagi2 NBSS ni. harap boleh buat yang terbaik untuk exam kali ni. doakan saya ye untuk exam kali ni semoga lebig bagus dr yg dulu2, AMINNNN. dan doakan saya juga supaya azam tahun baru saya kali ni dapat dilakukan dan semoga kita semua sentiasa dibawah keredhaan-Nya, AMIN

*Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan. Semata-mata*

Saturday, November 7, 2009

오랜만이야

tertanya2 ap tajuk yg saya letak tu? tu sbnrnye dlm bahasa korea. maksudnye 'dah lama btul'. mksd saya dh lama btol blog saya ni dibiarkan sepi mcm tu je. dh lme tak menulis post baru. bkn x nak menulis, tapi sejak akhir2 ni idea mmg kering sgt. mungkin sebab terlalu sibuk ngan study, yelah dari endocrine & metabolism system masuk plak neurobehaviour & special senses system. belajar neuro 2 minggu, patah balik untuk exam endocrine. kejam btol la FK ni buat mcm tu.

cakap pasal study, ari khamis yg lps ni, selesai sudah MDE exam untuk endocrine system. syukur alhamdulillah sbb dpt gak buat, sbb soklan majoriti past years Qs. tp paling ak boleh tahan, exam PHOP. keluar je hall exam semua mengeluh, PHOP susah. tula, bile lecturer bagi kuliah kitorg ni mmg jarang bagi tumpuan. yelah, tajuk public health la katakan. nmpak mcm senang. sekali bile exam, habis. tu termasuk la saya skali. jd lepas ni INGAT, bile lecture PHOP concentrate!!!

jd, ap sbnrnye tujuan menulis post ni? sya pun tak tau. tp yg pertama skali, mcm biasa saya ak kongsi sedikit petikan dari novel yg nak kata baru habiskan baca tu tak jugak, tapi sye x pernah kongsi lagi bende ni. sedikit petikan dari novel Bintang-bintang ke Syurga karya Xarine:

"Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' (bertasbih) ke hadrat Tuhan mereka. Sedikit pun hukum qadar yang ada di dalam roh mereka tidak dilanggar. Itu hukum semesta alam. Maka lihatlah ke dalam hati kita, ada hukum yang telah ditiupkan. Hukum yang sama dan serupa. Patuhilah bisikan hati itu. Nescaya kita akan peroleh bahagia."

best tak petikan ayat tu? pada saya best. novel ni antara novel yang paling saya suka. sebab jarang nak baca novel tentang cinta yang dilihat dari mata pandang seorang lelaki. penulis buku ni lelaki tau, walaupun nama pena die Xarine. macam yg saya pernah cakap pasal lagi satu novel tentang cinta, tapi dari sudut pandang seorang lelaki gak; Bohemian oleh Imaen. tapi gaya penulisan Xarine sangat berbeza ngan Imaen. kalau baca buku Imaen, dia akan ada unsur thriller sikit2. tapi buku Xarine ni memang sepenuhnya tentang cinta, tetapi di atas cara yang betul. sesapa yang rajin, cubala review sikit pasal buku ni. memang best!!!

tapi saya tak nak cakap pasal cinta ni lagi. dh dua post asyik bende yg sama. jadi kali ni lain sikit. kalau post saya yang sebelum ni pasal SAHABAT, tapi saya cuma letak gambar kawan2 yang sebaya saya je. jadi, kali ni saya nak tambah sikit gambar2, tapi bukan yang satu batch ngan saya, tapi senior2 saya (ad sikit je la tapinya)


gamba lain akan menyusul tak lama lagi :)


p/s: sbnrnye post ni dh lme dibiarkan jd draf, bru t'igt nak post ari ni.... kerje makin banyak.... skang sibuk ngan BPM plak... harap dapat bleh buat yg terbaik dan moga2 keredhaan Allah sentiasa ada ngan saya insya-Allah, AMINNNN *peace*


Thursday, September 10, 2009

sahabat

skang ni ngah nak habiskan novel yg beli masa balik ari tu. tajuk die Bintang-bintang ke Syurga oleh Xarine. penulis ni lelaki kalau tak silap. lagipun citer ni tentang:

"... berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi"

tapi, saya bukan nak citer pasal buku ni. kalau nak tahu lebih lanjut pasal buku ni, kene la baca. ap yang saya nak cakap kat sini adalah pasal satu quote yang ad kt dlm buku ni, pasal sahabat.

"rakan taulan umpama bintang-bintang,
meskipun tidak kelihatan ketika riangku di siang hari,
bintang-bintang itu tetaplah di sana,

apabila musibah gelap menimpa diri,
bintang-bintang itu bercahaya menampakkan diri,
tersenyum ke arahku mendoakan siang segera kembali."


rasanye boleh paham ap yg ad disebalik kata-kata ni. kita mungkin tak nampak kawan2 kite sekarang, tapi diorang sentiasa ad seperti bintang2 yang xde waktu siang tapi bila kita susah, mereka datang mcm bintang2 yang akan kelihatan pada waktu malam. kawan2 yang ada kat sekeliling kita, kita kene hargai diorang. kita ni x mungkin mampu nak hidup sorang2 kat dunia ni tanpa bantuan orang lain kan.

rasanya nak cakap tu je. xde idea sangat nak tulis ap. tapi sebab terbaca kata2 tu, tu yang tergerak nak menulis. senang kata, kawan2 yang kita ada, hargai diorang sepenuhnya. buat kawan2 saya semua, saya SAYANG korang semua!!!!!!!!!! korang semua sangat2 penting dalam hidup saya, tak kira kawan2 saya yang kat mana sekarang ni sama ada kt UNPAD ni ataupun kawan2 sekolah dulu yang sekarang dah berterabur kat seluruh dunia...

terma kasih kat korang semua sebab sentiasa tahan dengan saya yang tak berapa nak dewasa ni... heheheh :) PEACE

 
Copyright 2009 makhluk ciptaan-Nya Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes