RSS
Welcome to my blog:) diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua dan juga diri saya sendiri *peace*

Saturday, November 7, 2009

오랜만이야

tertanya2 ap tajuk yg saya letak tu? tu sbnrnye dlm bahasa korea. maksudnye 'dah lama btul'. mksd saya dh lama btol blog saya ni dibiarkan sepi mcm tu je. dh lme tak menulis post baru. bkn x nak menulis, tapi sejak akhir2 ni idea mmg kering sgt. mungkin sebab terlalu sibuk ngan study, yelah dari endocrine & metabolism system masuk plak neurobehaviour & special senses system. belajar neuro 2 minggu, patah balik untuk exam endocrine. kejam btol la FK ni buat mcm tu.

cakap pasal study, ari khamis yg lps ni, selesai sudah MDE exam untuk endocrine system. syukur alhamdulillah sbb dpt gak buat, sbb soklan majoriti past years Qs. tp paling ak boleh tahan, exam PHOP. keluar je hall exam semua mengeluh, PHOP susah. tula, bile lecturer bagi kuliah kitorg ni mmg jarang bagi tumpuan. yelah, tajuk public health la katakan. nmpak mcm senang. sekali bile exam, habis. tu termasuk la saya skali. jd lepas ni INGAT, bile lecture PHOP concentrate!!!

jd, ap sbnrnye tujuan menulis post ni? sya pun tak tau. tp yg pertama skali, mcm biasa saya ak kongsi sedikit petikan dari novel yg nak kata baru habiskan baca tu tak jugak, tapi sye x pernah kongsi lagi bende ni. sedikit petikan dari novel Bintang-bintang ke Syurga karya Xarine:

"Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' (bertasbih) ke hadrat Tuhan mereka. Sedikit pun hukum qadar yang ada di dalam roh mereka tidak dilanggar. Itu hukum semesta alam. Maka lihatlah ke dalam hati kita, ada hukum yang telah ditiupkan. Hukum yang sama dan serupa. Patuhilah bisikan hati itu. Nescaya kita akan peroleh bahagia."

best tak petikan ayat tu? pada saya best. novel ni antara novel yang paling saya suka. sebab jarang nak baca novel tentang cinta yang dilihat dari mata pandang seorang lelaki. penulis buku ni lelaki tau, walaupun nama pena die Xarine. macam yg saya pernah cakap pasal lagi satu novel tentang cinta, tapi dari sudut pandang seorang lelaki gak; Bohemian oleh Imaen. tapi gaya penulisan Xarine sangat berbeza ngan Imaen. kalau baca buku Imaen, dia akan ada unsur thriller sikit2. tapi buku Xarine ni memang sepenuhnya tentang cinta, tetapi di atas cara yang betul. sesapa yang rajin, cubala review sikit pasal buku ni. memang best!!!

tapi saya tak nak cakap pasal cinta ni lagi. dh dua post asyik bende yg sama. jadi kali ni lain sikit. kalau post saya yang sebelum ni pasal SAHABAT, tapi saya cuma letak gambar kawan2 yang sebaya saya je. jadi, kali ni saya nak tambah sikit gambar2, tapi bukan yang satu batch ngan saya, tapi senior2 saya (ad sikit je la tapinya)


gamba lain akan menyusul tak lama lagi :)


p/s: sbnrnye post ni dh lme dibiarkan jd draf, bru t'igt nak post ari ni.... kerje makin banyak.... skang sibuk ngan BPM plak... harap dapat bleh buat yg terbaik dan moga2 keredhaan Allah sentiasa ada ngan saya insya-Allah, AMINNNN *peace*


 
Copyright 2009 makhluk ciptaan-Nya Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes